Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di China bertindak melarikan diri dari rumah selepas bertengkar dengan ibunya megenai kerja soalan yang tertangguh. Dia kemudiannya terus menuju ke balai polis untuk membuat aduan, selain merayu untuk ditempatkan di rumah anak yatim.
Media China melaporkan insiden itu yang berlaku di Chongqing. Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak itu masuk ke Balai Polis Huixing di Yubei sebelum disambut oleh dua anggota polis wanita. Mereka kemudian mula berbual dan kanak-kanak itu memaklumkan dia telah ditegur oleh ibunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, lalu keluar dari rumah untuk mencari rumah anak yatim. Selepas dipujuk oleh pegawai berkenaan, kanak-kanak itu memberi maklumat mengenai ibu bapanya. Polis kemudian menghubungi wanita berkenaan yang mengesahkan berlaku pertengkaran di antara mereka mengenai kerja sekolah yang tertunggak.
Wanita berkenaan tidak pernah menyangka anak lelakinya sanggup melarikan diri dari rumah dan mahu masuk ke rumah anak yatim hanya disebabkan hal remeh itu. “Mak marah saya setiap hari sebab saya tak buat kerja rumah. Dia membebel setiap hari suruh saya belajar. Saya keluar dari rumah dan lebih rela tinggal di rumah anak yatim,” kata kanak-kanak itu. Selepas menenangkan kanak-kanak itu, polis menghubungi bapanya untuk datang membawa anaknya pulang. Pada awalnya kanak-kanak itu enggan mengikuti bapanya pulang. Tetapi pegawai polis memujuknya dan menjelaskan bahawa itu adalah pilihan yang terbaik berbanding tinggal di rumah anak yatim. Video kejadian itu tular di media sosial minggu lalu, ramai yang terkejut dengan perbuatan kanak-kanak berkenaan. Ada yang berpendapat generasi pada masa ini sangat malas dan terlalu dimanjakan. Manakala yang lain pula memuji tindakan polis yang berjaya memujuk kanak-kanak berkenaan. -CARI Sumber: The Reporter
|
lanacondor replied at 17-8-2023 06:35 PM
Mcm jiran blkg rumah mak meols dlo cina. Ms ktorg kcik slalu tgk kn bantai pki rotan tebal. Pukul bk ...
edayildiz replied at 17-8-2023 06:13 PM
ala kesiannya dek..
tp ada sorg bdk ni kn..i xknl sgt pun..dia ftiend ngn ank sedara i..
she cite kw ...
noell replied at 17-8-2023 06:41 PM
mesti anak dia kata dlm hati masa kena tibai siapla hgpa esok tua aku lempaq kat umah org2 tua keb ...
lanacondor replied at 17-8-2023 06:45 PM
Siannya la hai. Dh la nk spm tahun ni. Chuolz amek la jd ank angkat. Mak bpk bercerai ank jd mangs ...
ADVERTISEMENT