LONDON – Sejenis ikan kecil yang biasa ditemui di tepi pantai di Britain boleh mengeluarkan racun berbisa. MailOnline melaporkan, Louis dari Norfolk, England, sedang berjalan bersama isteri dan anak kecilnya apabila dia melihat ikan weever itu di dalam pasir di sepanjang pantai.
Dia memegang ikan tersebut pada bahagian sirip ekor lalu melepaskannya ke dalam laut sebelum menyuarakan rasa kesal bertindak demikian. “Mengapa saya berbuat demikian? Pasti badan saya dipenuhi ruam esok,” katanya. Ikan weever dapat dilihat ketika air surut dan mempunyai duri berbisa pada sirip ekor serta insang yang boleh menembusi kulit jika dipegang. Ia gemar bersembunyi di dalam pasir dan menyamar. Walaupun tidak mematikan dalam kebanyakan kes, sengatannya menyebabkan rasa sakit teruk sama seperti sakit bersalin.
Menurut laman web British Sea Fishing, rasa sakit kebiasaannya beransur pulih dalam masa 12 hingga 24 jam. –CARI Sumber: Kosmo
|
noor2 replied at 17-8-2023 05:53 PM
Nk beranak pun aku x tahu cane rasa ...
shernazz replied at 17-8-2023 06:30 PM
Sebelum ni anak2 semua czer EK..
Hoho..
Sakit beranak MCM senggugut cuma kena teran
noor2 replied at 17-8-2023 06:44 PM
Ya...anak pertama mmg x rasa sakit...doktor paksa..lepas tu dia bg epidural..lepas tu bedah
Anak ...
shernazz replied at 17-8-2023 07:12 PM
Oo wah untung la.dpt.epidural
Iols doc dah offer tp iols tak dpt sebab jantung baby lemah sgt..
Ha ...
noor2 replied at 17-8-2023 05:53 PM
Nk beranak pun aku x tahu cane rasa ...
Simunggu replied at 18-8-2023 09:00 AM
sakit bersalin? kalau lelaki mcm mana?
Suchi replied at 18-8-2023 09:12 AM
Penah senggugut tak?
Ia lebih kurang mcm senggugut, tp senggugut yg kuat.
Jenis sakit datang dan p ...
shernazz replied at 17-8-2023 06:30 PM
Sebelum ni anak2 semua czer EK..
Hoho..
Sakit beranak MCM senggugut cuma kena teran
noor2 replied at 18-8-2023 10:13 AM
Biasa...senggugut..ni sekarang pun tgh senggugut..bila la nk monoposnya...
Suchi replied at 18-8-2023 10:15 AM
ok la tu kak selalunya org nk delay takmo menopos lagi
noor2 replied at 18-8-2023 10:22 AM
Kawan2 kak umur 46 pun ada yg dah monopos...
ADVERTISEMENT