Bagi mereka yang datang ke Menara Berkembar Petronas pasti menjadi satu kemestian untuk ambil gambar sebagai kenag-kenangan. Namun akhir-akhir ini, muncul aktiviti haram dipercayai didalangi oleh warga asing yang mengambil kesempatan terhadap pelancong.
Kononnya memiliki kemahiran untuk mengambil gambar, mereka dengan sewenang-wenangnya mengenakan caj yang tidak berpatutan. Jika pelancong enggan menggunakan khidmat haram itu, mereka sedaya upaya merosakkan momen dan gambar yang diambil oleh pelancong itu sendiri. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah menjadi mangsa golongan berkenaan yang sanggup menggunakan cara haram untuk mendapatkan keuntungan. Sedangkan orang ramai bebas merakam gambar sendiri tanpa perlunya khidmat mereka ini. “Saya pergi ke KLCC dengan isteri, nak ambil gambar dekat depan tu. Kami memang bawa tripod sendiri untuk ambil gambar. Dah setting cantik-cantik di tengah tu, mereka boleh pula suka-suka kacau gambar kami, photobomb gambar kami.
“Selepas tu, mereka suruh orang lain yang nak menggunakan khidmat mereka, duduk di sebelah kami. Eii, memang kurang ajar pendatang asing ni,” kata Fthi. “Masalahnya, yang buar onar itu semuanya adalah orang luar, bukannya orang Malaysia. Tetapi para pelancong ingat mereka orang Malaysia. Buat busuk nama negara kita. Pihak berkuasa tak ambil tindakan ke?” soal Fariz.
|
sambaldurian replied at 17-8-2023 08:39 PM
Aiyoh dh xde ke polis pelancongan. Bkn ada ke patut. Patut ada polis jd preman. Tula sapa yg nk kura ...
dua_chzy replied at 17-8-2023 08:41 PM
Kenapa orang Malaysia ni tak berani bergaduh dengan babi2 PTI ni?
dua_chzy replied at 17-8-2023 08:41 PM
Kenapa orang Malaysia ni tak berani bergaduh dengan babi2 PTI ni?
Perawankota replied at 18-8-2023 02:37 AM
Tiap kali lalu kat situ, dok offer pakai service dorg.. klu dengar suara bercakap mcm org dari seber ...
ADVERTISEMENT