Tular di Twitter mengenai pemilik sebuah warung yang didakwa biadab gara-gara membalas beberapa ulasan para pelanggannya dengan ayat yang kasar. Ia tular selepas seorang individu memuat naik beberapa tangkap layar (screenshoot) maklum balas pihak warung berkenaan terhadap ulasan yang ditinggalkan pelanggannya di Google Review.
Menerusi salah satu screenshot yang dimuat naik, salah seorang pelanggan berkongsi pengalamannya ketika menikmati sarapan di warung berkenaan, kira-kira enam bulan lepas. "Kedai ni kecil je, jadi weekend kena berebut meja kalau nak dine-in. Meja tak lap sebelum pelanggan duduk. Kalau nak nasi lemak kena beratur kemudian duduk. Tak ada pengurusan sistematik. "Nasi lemak, satu telur mata, dua sudu sambal sotong dan dua sudu rendang daging bersamaan RM14. Makan berdua benda yang sama tambah air, bersamaan RM33. Mahal la pada aku. Mungkin fikir dua kali sebelum nak repeat kedai ni," demikian komen yang ditinggalkan pelanggan itu yang memberi rating satu bintang.
Komen tersebut kemudian dibalas oleh pentadbir (admin) warung berkenaan dengan ayat sinis. "Orang lain okay je, kau je banyak cekadak. Tak payah fikir lagi nak datang ke tak, tak perlu datang pun. Terima kasih," balasnya. Dalam satu ulasan yang lain pula, seorang pelanggan memberi komen terhadap tahap kebersihan warung berkenaan, dan turut dibalas dengan nada kurang sopan. "Busuknya hati awak ni kak. Jangan datang lagi, thank you," balas pentadbir warung berkenaan. Seorang pelanggan yang memberi ulasan mengenai harga menu yang agak mahal, turut menerima nasib sama namun dibalas dengan ayat yang agak 'pedih'. "Bukan jenis makanan atau tempat anda. Maaf dan tolong jangan datang lagi. P.S, Alhamdulillah kami tidak melayan orang murahan," balasnya. Menerusi carian di internet, lokasi warung berkenaan terletak di Klang. Rata-rata warga maya turut mengecam tindakan pentadbir warung berkenaan yang bukan sahaja disifatkan biadab, malah cepat 'koyak' kerana tidak mampu menerima teguran. "Cara dia respond orang review pun biadab. Ni jenis-jenis yang tak boleh terima teguran, rasa terpaling betul. Orang nak dia do better, patutnya cakaplah terima kasih bagi pandangan ke apa ke. Ni kerek betul. "Macam itu ke peniaga Melayu nak maju dalam perniagaan? Pelanggan kritik sikit je dah marah? "Bongkaknya reply! Nanti rezeki kena tarik balik baru tahu. "Gila dia ingat kedai dia kafe ke. Warung je pun haihh," demikian komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
DayangKirana replied at 17-8-2023 04:22 PM
boikot je..kisah ape..bukan out of ordinary pon food yang dia serve..
servis pon kelaut..rude plak t ...
surfin_net82 replied at 17-8-2023 06:13 PM
Bahasa org utara..camtu la.. xkira la org niaga, retis maupun ahli politik.. pumpang² cakap deraih
nazzse replied at 17-8-2023 09:39 AM
Aku pun jenis rajin review kat google ni. Ada 2 keadaan akan review, terpaling baik & terpaling teru ...
lasagnaklcc: Yg nasi lemak rm14 tu rasanya ...
dua_chzy replied at 17-8-2023 06:17 PM
Di Shoppee pun sama. Haha. Kalau bad review kemain sentap mereply kalau seller Melayu.
DayangKirana: boikot je..kisah ape..bukan out of ordinary pon food yang dia serve..servis pon kelaut..rude plak tuh..
ADVERTISEMENT