View: 4508|Reply: 32
|
"Kau Je Banyak Cekadak, Kami Tak Layan Orang Murahan,"-Pemilik Warung Di Klang 'Koyak', Tak Puas Hati Pelanggan Kritik Makanan Dan Harga
[Copy link]
|
|
Tular di Twitter mengenai pemilik sebuah warung yang didakwa biadab gara-gara membalas beberapa ulasan para pelanggannya dengan ayat yang kasar.
Ia tular selepas seorang individu memuat naik beberapa tangkap layar (screenshoot) maklum balas pihak warung berkenaan terhadap ulasan yang ditinggalkan pelanggannya di Google Review.
Menerusi salah satu screenshot yang dimuat naik, salah seorang pelanggan berkongsi pengalamannya ketika menikmati sarapan di warung berkenaan, kira-kira enam bulan lepas.
Gambar Hiasan
"Kedai ni kecil je, jadi weekend kena berebut meja kalau nak dine-in. Meja tak lap sebelum pelanggan duduk. Kalau nak nasi lemak kena beratur kemudian duduk. Tak ada pengurusan sistematik.
"Nasi lemak, satu telur mata, dua sudu sambal sotong dan dua sudu rendang daging bersamaan RM14. Makan berdua benda yang sama tambah air, bersamaan RM33. Mahal la pada aku. Mungkin fikir dua kali sebelum nak repeat kedai ni," demikian komen yang ditinggalkan pelanggan itu yang memberi rating satu bintang.
Komen tersebut kemudian dibalas oleh pentadbir (admin) warung berkenaan dengan ayat sinis.
"Orang lain okay je, kau je banyak cekadak. Tak payah fikir lagi nak datang ke tak, tak perlu datang pun. Terima kasih," balasnya.
Dalam satu ulasan yang lain pula, seorang pelanggan memberi komen terhadap tahap kebersihan warung berkenaan, dan turut dibalas dengan nada kurang sopan.
"Busuknya hati awak ni kak. Jangan datang lagi, thank you," balas pentadbir warung berkenaan.
Seorang pelanggan yang memberi ulasan mengenai harga menu yang agak mahal, turut menerima nasib sama namun dibalas dengan ayat yang agak 'pedih'.
"Bukan jenis makanan atau tempat anda. Maaf dan tolong jangan datang lagi. P.S, Alhamdulillah kami tidak melayan orang murahan," balasnya.
Menerusi carian di internet, lokasi warung berkenaan terletak di Klang.
Rata-rata warga maya turut mengecam tindakan pentadbir warung berkenaan yang bukan sahaja disifatkan biadab, malah cepat 'koyak' kerana tidak mampu menerima teguran.
"Cara dia respond orang review pun biadab. Ni jenis-jenis yang tak boleh terima teguran, rasa terpaling betul. Orang nak dia do better, patutnya cakaplah terima kasih bagi pandangan ke apa ke. Ni kerek betul.
"Macam itu ke peniaga Melayu nak maju dalam perniagaan? Pelanggan kritik sikit je dah marah?
"Bongkaknya reply! Nanti rezeki kena tarik balik baru tahu.
"Gila dia ingat kedai dia kafe ke. Warung je pun haihh," demikian komen netizen. -CARI
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
boikot je..kisah ape..bukan out of ordinary pon food yang dia serve..
servis pon kelaut..rude plak tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bab2 boikot ni susah sikit chuols...hangat2 taik ayam...esok2 penuh balik kafe tu ...walaupun x sedap katanya ....
|
|
|
|
|
|
|
|
melee
noun
me·lee ˈmā-ˌlā mā-ˈlā
variants or less commonly mêlée
: a confused struggle
especially : a hand-t |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 17-8-2023 04:48 PM
What is Melae? Malay?
or mê·lée. [ mey-ley, mey-ley, mel-ey ] show ipa.
noun. a confused hand-to-hand fight or struggle among several people |
|
|
|
|
|
|
|
hujung2 kang dia salahkan jin setan sbb bisnes katup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun jenis rajin review kat google ni. Ada 2 keadaan akan review, terpaling baik & terpaling teruk. Biasanya klu review kedai melayu mmg owner akn reply balik & jenis bitter takleh terima complaint. Peduli apa aku dgn reply owner, yg penting org lain tahu kedai tu teruk. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun suka baca review. Komen balas pedas owner lebih memberi kesan pada aku berbanding komen negatif 1star. Kalo mcm ni konpem aku xp.. kau setakat jual menu biasa pun nak eksyen ka.. kedai lain berlambak dok ada.
Sama macam shopee, komen tuan kedai lebih memberi kesan berbanding komen negatif pembeli. Tuan kedai komen pedih2, mmg cari kedai lain la. Xkuasa aku nak berhubungan dgn org mulut pedih ni |
|
|
|
|
|
|
|
Klang??? Indon mai taun 70-an,80-an dedulu...la ni dh jadi Melayu Msia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg nasi lemak rm14 tu rasanya mmg standard harga utk 2 lauk. Amik lauk byk pastu merempan. Tapi selalunya setakat review mulut hansuang kedai still ramai org kalau masakan dia sedap. Cth mcm kedai asam pedas kat melaka tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by surfin_net82 at 17-8-2023 06:15 PM
Bahasa org utara..camtu la.. xkira la org niaga, retis maupun ahli politik.. pumpang² cakap deraih |
|
|
|
|
|
|
|
surfin_net82 replied at 17-8-2023 06:13 PM
Bahasa org utara..camtu la.. xkira la org niaga, retis maupun ahli politik.. pumpang² cakap deraih
Owner dia orang utara ka? |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 17-8-2023 09:39 AM
Aku pun jenis rajin review kat google ni. Ada 2 keadaan akan review, terpaling baik & terpaling teru ...
Di Shoppee pun sama. Haha. Kalau bad review kemain sentap mereply kalau seller Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc: Yg nasi lemak rm14 tu rasanya ... ntah iolz Pon rsa standard la hg tu. Tmpt meolz lg mahal kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Harga barang dah mahal
Tadi nak beli eskrim chocotop mekdi.. fuyooo dah naik harga rm3.20 |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 17-8-2023 06:17 PM
Di Shoppee pun sama. Haha. Kalau bad review kemain sentap mereply kalau seller Melayu.
Teringat pulak acik bipola komen review shopee.
|
|
|
|
|
|
|
|
If you cannot afford the prices eat at home. |
|
|
|
|
|
|
|
DayangKirana: boikot je..kisah ape..bukan out of ordinary pon food yang dia serve..servis pon kelaut..rude plak tuh..
Betul.. Bab-bab rude ni memang tak boleh tolerate.. on top of that makanan pun so-so harga mahal..
|
|
|
|
|
|
|
|
apa nama kedai..ase menyirap pulak..nak komen pedas2 jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
|