CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dirompak, Kemaluan Dipotong Dengan Pisau Oleh 4 Lelaki Bertopeng

17-8-2023 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2077| Komen: 7

Malang nasib seorang lelaki yang bukan sahaja dirompak malah kemaluannya turut dipotong oleh sekumpulan lelaki sebelum mereka melarikan diri.

India Today melaporkan, kejadian yang berlaku di Gurugram, India itu menyaksikan mangsa iaitu Dharmendra berjalan kaki ke tempat kerja pada malam Khamis.


Menurut mangsa, dia dirompak oleh empat orang lelaki yang kemudian bertindak memotong alat sulitnya menggunakan pisau sebelum melarikan diri.

Gambar Hiasan

"Ketika saya berada berhampiran tempat perlindungan lembu, empat lelaki bertopeng menghalang laluan saya dan meminta saya menyerahkan wang tunai serta barang berharga. 

"Apabila saya melawan, seorang daripada suspek mula menyerang saya dan mengelar kemaluan saya dengan pisau."

Dalam keadaan trauma, Dharmendra menghubungi abangnya untuk mendapatkan bantuan.

Polis kemudian mengesahkan bahawa mereka menerima panggilan daripada abang mangsa yang melaporkan tentang kejadian berkenaan.


Susulan itu, mangsa berusia 32 tahun tersebut telah menerima rawatan di hospital dan dilaporkan stabil.

Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Polis (Jenayah), Varun Dahita berkata pihaknya sedang mengenal pasti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berikutan suspek masih lagi diburu oleh pihak polis.-CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 17-8-2023 01:48 PM
bayya pny nalla kot
geng2 lain tu 2b

eeee dh mcm chimpanzee dh part tu jd target

Quote B40tastePosh 18-8-2023 03:40 AM
Melampau nye....
Quote batmana 18-8-2023 07:38 AM
klu smpai 4 org tu, pi la rompak bank, dh ada team
ni rompak org awam plak
Quote CiliPadiSedap 18-8-2023 08:35 AM
ni bukan rompak ni samun

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.276482 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top