CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemaju Disaran Bina Lebih Banyak Perumahan Berpendapatan Rendah Di Bandar - PM

17-8-2023 01:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2188| Komen: 26

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar pemaju perumahan membina lebih banyak projek perumahan bagi penduduk berpendapatan rendah terutama di kawasan bandar.

Beliau berkata, golongan berpendapatan rendah tidak boleh disisihkan daripada arus pembangunan.


"Saya menegaskan berulang-kali supaya kita seimbangkan kedua-duanya, Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur harus dipacu pertumbuhan dengan bangunan indah, kemudahan, kediaman, restoran dan hotel kerana ia petanda satu kota berjaya dan makmur.

"Bagaimanapun, juga harus ada kelainan dan keunikannya iaitu ibu kota yang prihatin, ibu kota MADANI maknanya sebahagian besar rakyat terutama golongan berpendapatan rendah tidak boleh disisihkan daripada arus pembangunan itu.

"Maka, tanggungjawab bersama kerajaan, pihak swasta supaya memastikan setiap pembangunan perumahan yang besar perlu ada perumahan sampingan untuk rakyat bawah," katanya.


Beliau ketika demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, terdapat banyak negara termasuk Malaysia yang meminggirkan golongan berpendapatan rendah di sesebuah kota yang maju.

"Mereka keluar daripada kota atau tinggal di kawasan sesak di bandar.

"Jadi, kita tidak mahu perkara itu berterusan dan atas sebab itu juga ia memerlukan kejuruteraan sosial di mana dasar kerajaan termasuk Kerajaan Persekutuan dan Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar untuk mengenal pasti dan mempercepatkan kelulusan berkenaan," katanya.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 17-8-2023 01:10 PM
disaran tu acaner? macam kempen cintai sungai kita ke?

kalau najib, jelas lah jugak saranan itu melalui projek PR1MA
Quote Innrukia 17-8-2023 01:11 PM
disaran?
Quote Highflyer19 17-8-2023 01:14 PM
Talk is cheap...
Quote kakikuDibibirmu 17-8-2023 01:17 PM
Sungguh nasib aku jadisaran
Sampai mati pun akan kuperjuangkan



[youtube]5IHTRubtMwo[/youtube]
Quote ninja boy 17-8-2023 01:40 PM
Ingat buat setinggan haram atas rooftop atau tangga pump room bgnn ofis
Quote Antifake 17-8-2023 02:11 PM
Bukan wajib. Disaran. Mmg x lah
Quote white_musk 17-8-2023 02:28 PM
kemaruk replied at 17-8-2023 01:10 PM
disaran tu acaner? macam kempen cintai sungai kita ke?

kalau najib, jelas lah jugak saranan itu mel ...

Mungkin rakyat mahu kondo mewah 3000sf alamat kuala lumpur dengan harga rm30k sahaja...
Dengan 2 petak parking setiap unit.
Quote noor2 17-8-2023 02:34 PM
Pemaju disaran?...org bisnes nk buat duit...ko nk suruh org rugi ke apa..
Patut gomenla bina rumah untuk rakyat yg susah
Quote Skuau 17-8-2023 02:34 PM
kenapa TIDAK...dibina infrastruktur yg baik di luar bandar...bawa pelabur...wujudkan peluang pekerjaan..tuk belia2 luar bandar..tuk 'sekat' depa mai Selangor/lembah klang...yg kemudian 'dihalau'  atas dsr 'menyemak jer kt tmpt orang'???
                           
Quote noor2 17-8-2023 02:35 PM
Bodoh punya PM...ko menyarankan org..apa guna ko sbg PM untuk bantu rakyat...ko nk suruh pemaju swasta ke apa...
Quote Skuau 17-8-2023 02:36 PM
noor2 replied at 17-8-2023 02:35 PM
Bodoh punya PM...ko menyarankan org..apa guna ko sbg PM untuk bantu rakyat...ko nk suruh pemaju swas ...

PM mana ada  KUASA tuk buat semua tu???
Quote kaseh80 17-8-2023 02:43 PM
Tin kosong bercakap
PuTAq SINI PUtaq sana

Quote msdummy.2018 17-8-2023 03:00 PM
Haiz..baik ko bgnkan jer balik rumah prima tuh...rumah prima tuh pun xberapa nk prima lah..sb mahal gak..dh lebih kurang kondo jer hrga
Quote AcikCleaner 17-8-2023 03:04 PM
Setakat saran je la..tunggu sampai abg jamil mam*** pun tak merasa dok runah low cost dlm kl
Quote lurve82 17-8-2023 03:05 PM
Marah betul korg dgn pmx
Quote kucingitam 17-8-2023 03:06 PM
saya sarankan supaya kuarters2 yang ada dan tak digunakan tu disewakan dengan harga murah kepada rakyat2 yang memerlukan.  Banyak kuarters2 lama terbiar berhutan je.. kuarters JKR yang rumah2 kayu tu, perbaiki dan bagi sewa. sekurangnya JKR adalah dana sampingan utk buat jalan....takdelah asyik nak tunggu budget2. Cth je..
Quote Skuau 17-8-2023 03:15 PM
kucingitam replied at 17-8-2023 03:06 PM
saya sarankan supaya kuarters2 yang ada dan tak digunakan tu disewakan dengan harga murah kepada rak ...


tmpt aku bila 'pengakap sempadan/polis hutan'...dibubarkan/diserapkan ke unit lain...depa 'bagi jer' kuaters tu... kat B40 yg tak mampu beli rmh.
Quote Miss.Rara 17-8-2023 03:18 PM
bang nonnnn madanonnn boleh tak sarankan turun kan harga rumah rumah landed ke kondo ke yg sedang dan akan siap dibina tu diturunkan harga nya...

takyah laaa duk bina bangunan memanjang tapi harga tak masuk akal...
Quote renko 17-8-2023 03:24 PM
disaran ye
hahahahahahahaha

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.136298 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top