Washington: Pakar bedah di Amerika Syarikat (AS) mengatakan buah pinggang babi boleh berfungsi dalam tubuh manusia selama lebih daripada sebulan. Bloomberg melaporkan, pakar bedah itu yang memindahkan buah pinggang babi diubah suai secara genetik kepada pesakit mati otak bahawa organ itu masih berfungsi dengan baik selepas 32 hari.
Pesakit berusia 50 tahun itu menghadapi kecederaan buah pinggang dan mempunyai sejarah penyakit tahap akhir, namun organnya menghasilkan air kencing tidak lama selepas pemindahan itu, menurut penyelidik di NYU Langone Health, New York. Pakar bedah berkenaan pada Rabu menyifatkan ia satu langkah penting dalam usaha untuk menutup jurang pendermaan organ. Prosedur eksperimen terkini adalah sebahagian daripada bidang penyelidikan yang semakin berkembang bertujuan memajukan pemindahan rentas spesies, menguji teknik pada badan sudah didermakan untuk sains.
Terdapat lebih daripada 103,000 pesakit menunggu organ daripada penderma di AS dengan 88,000 daripadanya memerlukan buah pinggang. Prosedur eksperimen terkini adalah sebahagian daripada bidang penyelidikan yang semakin berkembang bertujuan memajukan pemindahan rentas spesies, menguji teknik pada badan sudah didermakan untuk sains. Terdapat lebih daripada 103,000 pesakit menunggu organ daripada penderma di AS dengan 88,000 daripadanya memerlukan buah pinggang. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT