CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Teruk Dikecam Sebab Nak Jual Rumah Yang Disewa, Individu Muncul Balik Bagi Hujah Dari Segi Hukum dan Perundangan

17-8-2023 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2821| Komen: 14

Sebelum ini kecoh apabila tular kisah penyewa mahu menjual rumah yang disewanya.

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, dia berhasrat menjual rumah berkenaan kerana sudah lama menyewa selain pemiliknya juga tidak dapat dihubungi sejak sekian lama.


Gambar Hiasan: Money Compass

"Saya ada menyewa rumah di Rawang. Macam mana prosedur nak jual rumah ini? Boleh ke penyewa dapat bahagian kalau lepas jual rumah ini sebab dah lama saya sewa rumah ni. Dari belum ada anak sampai anak dah kahwin.

"Owner pun lama tak datang bertahun. Rumah banyak rosak sana sini. Saya edit ya, rumah ni dulu owner dia seorang, tak ada anak isteri. Last bayar sewa 2021 sebab dia tak muncul-muncul.

"Jadi duduk free sampai sekarang. Tu saya tanya macam mana prosedur jual atau boleh saya sewa balik pada orang lain sebab owner takde dah atau hilang," tulisnya di laman grup Tukang Apa Hari Ini.





Ternyata, hantaran berkenaan mengundang kecaman warga maya yang menyifatkan individu berkenaan 'tidak tahu bersyukur' dan hanya memikirkan kepentingan diri.

"Dah la duduk free lama lepas tu nak ambil hak orang lain pula demi kepentingan diri.

"Penyewa sejenis yang ambil kesempatan. Sudahlah sewa tak bayar, rumah rosak pun dibiar je... ada hati pula nak jual," demikian antara komen netizen.

Bagaimanapun selepas hantaran berkenaan tular, muncul pula satu hantaran baharu dipercayai dimuat naik oleh individu sama, mendakwa perkongsian itu sekadar 'eksperimen sosial' untuk menambah ilmu mengikut lunas agama Islam dan undang-undang.

Malah individu tersebut turut menerangkan mengenai langkah yang perlu diambil sekiranya ada yang berdepan dengan situasi yang sama.



"Dalam agama Islam, rumah yang ditinggalkan oleh pemilik akan menjadi milik ahli keluarga dengan bahagian tertentu berdasarkan hukum faraid.

"Jika tiada ahli keluarga seperti anak dan isteri, ibu dan bapa, adik beradik maka harta milik si mati menjadi milik waris mengikut bahagian tertentu.

"Jika tiada juga waris keturunan, maka harta ini akan diserahkan kepada Baitulmal," tulisnya.

Tambahnya, sewa rumah yang tidak dibayar sepanjang tempoh 'ketiadaan' pemilik pula dianggap hutang dan perlu dilunaskan oleh penyewa kepada mereka yang berhak.

"Dari segi undang-undang, penyewa boleh diambil tindakan oleh waris jika tiada kontrak sewa beli dengan dianggap menceroboh dan boleh disaman jika terlibat dengan kesalahan yang difikirkan perlu oleh pemilik atau waris sah," jelasnya.

Dalam pada itu individu berkenaan juga berkata, jika pemilik 'ghaib' atau meninggal dunia, penyewa perlu mengenal pasti ahli keluarga atau warisnya dengan membuat carian di pejabat tanah, majlis perbandaran dan sebagainya.

"Penyewa juga boleh ke Pejabat Pendaftaran Negara untuk menyiasat sama ada pemegang nombor kad pengenalan masih hidup atau sebagainya.

"Seseorang penyewa tiada hak untuk mendapatkan apa jua imbuhan di luar konteks perjanjian sewa walau apa jua cara yang cuba dibuat.

"Maka saya sebagai pencipta post ini memohon maaf jika perbincangan ini di luar konteks normal dan tidak bertanggungjawab di atas sebarang perkongsian di luar dari pautan sebenar.

"Situasi, nama tempat yang terlibat hanya rekaan dan imaginasi penulis tanpa melibatkan hak milik sebenar," tulisnya lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bunnyj3lly 17-8-2023 12:25 PM
Itu pentingnya agama yang ada garis panduan jelas. Akal darat manusia ni memang lain macam
Quote noor2 17-8-2023 12:34 PM
X ubah mcm perompak...mencuri harta org..dah bukan hak kau pun...sibuk benor nk jual harta bukan hak sendiri...pi beli rumah sendiri la
Quote supernaturalee 17-8-2023 12:40 PM
kau tak perlu eksperimen sosial pun blh cari sumber2 dpd badan2 berwajib la

gedik much


Quote Highflyer19 17-8-2023 12:48 PM
Content murahan...try again
Quote CiliPadiSedap 17-8-2023 12:49 PM
sama konsep politician. siapa berjaya bina naratif perspektif. dan perspektif tu berjaya tawan beli jiwa. maka undi solid

naratif lebai pas tak sama dengan naratif roket. mereka ada market masing2.

berbeza naratif bersatu vs umno vs ph. mereka terpaksa cari naratif dan berkongsi kelompok undi..

akan datang tak mustahil hanya 2 parti kekal di semenanjung lebai dan roket. sebab dua2 kekal dominasi arena politik semenanjung.

Quote sayurmayur88 17-8-2023 01:19 PM
dah bukan hak ko . simple.
Quote Sazreena 17-8-2023 05:10 PM
Buruk perangaiiii...
Quote Tinot7 17-8-2023 06:23 PM
Saiko ke dak tu?
Quote shernazz 17-8-2023 06:40 PM
Kurang perhatian ni
Quote dekmieDandy 18-8-2023 11:48 AM
semua punca awek McD tu, dia yang start

sekarang kalau buat benda bangang pastu viral, terus cakap social experiment

social experiment moklu!!!
Quote sharlenetexas 18-8-2023 11:49 AM
Tah* kucing punya eksperimen sosial. Koyaklah tu kena hentam kiri kanan.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.099133 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top