CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Kes Duit Simpanan Beribu Ringgit Musnah Dimakan Anai-Anai

17-8-2023 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1723| Komen: 5

Manila: Seorang pelajar di Filipina mengalami kerugian selepas wang simpanan dalam tabungnya dimakan anai-anai.

Inquirer melaporkan, menerusi klip video yang dimuat naik ke paltform itu, Randy Boganutan dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan mengalirkan air mata apabila mendapati wang kertas bernilai 14,000 peso (kira-kira RM1,146) dimakan serangga itu.


Menurut Randy, dia sebelum ini menjangka sudah menyimpan hampir 20,000 peso (RM1,638) di dalam tabung plastik berkenaan.

Foto: Tiktok

Katanya, wang itu untuk simpanan bagi yuran pengajiannya.

Namun, bahagian dalam tabung itu adalah kadbod.

Randy berkata, rakannya kemudian menyedari bahawa ada cacing keluar dari tabung itu yang kemudiannya dikenal pasti adalah anai-anai.

Ia menyebabkan dia kerugian 14,000 peso (kira-kira RM1,146) selepas semua wang kertas itu dimakan serangga itu.


Randy berkata, sukar untuk menggantikan wang kertas itu kerana nombor sirinya sudah tidak lagi kelihatan.

"Cuma mereka beritahu saya... masih ada nombor siri, masih boleh lihat tandatangan atau mungkin tiga perempat rosak, bukan itu yang berlaku kepada saya... kerana ia (sudah) musnah," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 17-8-2023 02:12 PM
Ntah ya ntah tak. Takkan la x tau rumah ada banyak serangga perosak. Ko simpan dalam tin biskut pon dah ok dik
Quote B40tastePosh 17-8-2023 05:44 PM
Edited by B40tastePosh at 17-8-2023 05:46 PM

Simpan duit nak selamat guna Tabung Seramik/tanah liat.. nenek moyang kita simpan duit dalam tempayan ada sebab nye.

Jangan guna tabung plastik, kayu, buluh dll...buluh okey tapi kena gantung.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.162510 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top