PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor, bagi mendapatkan sementara pasportnya untuk ke Singapura. Rosmah ingin melawat anak perempuannya yang sarat mengandung dan dijangka bersalin anak ketiga akhir bulan ini.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Rosmah selaku pemohon. Terdahulu, peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah, memohon pasport itu bagi membolehkan anak guamnya ke Singapura bermula esok hingga 23 Ogos, 26 Ogos hingga 6 September dan 9 September hingga 31 Oktober ini. “Nooryana Najwa (anak sulung Rosmah) akan melahirkan anak ketiga dalam masa terdekat. Difahamkan pendakwaan tidak membantah permohonan ini,” kata peguam itu.
Mendengar makluman peguam tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn kemudian mengesahkan permohonan yang dibuat Rosmah dan tidak membantah permohonan berkenaan. Semalam Kosmo! melaporkan Rosmah memohon untuk mendapatkan pasport buat bagi melawat anak sulungnya, Nooryana Najwa Najib di Singapura yang dijangka bersalin pada akhir bulan ini. Permohonan kali keempat itu dibuat Rosmah, 72, menerusi notis usul difailkan Tetuan Akberdin & Co. di Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu. Berdasarkan permohonan yang dibuat, berhasrat ke negara republik itu dari 18 hingga 23 Ogos, 26 Ogos hingga 6 September dan 9 September hingga 31 Oktober. – CARI Sumber: Kosmo
|
_blackbird replied at 17-8-2023 11:52 AM
photographer ni mmg on purpose ke ambil gamba rosmah menyeramkan mcm ni. huhuhu agak2 najib lega tak ...
MissYouSayang replied at 17-8-2023 11:56 AM
Ni kalo pokcik stinger nampak gambar avatar mek yah ni, mesti dia ambil simpan dan buat modal capm ...
kemaruk replied at 17-8-2023 01:12 PM
mahkamah pon tau menghargai jasa rosmah sebagai pengasas grab dan pemilik roti gardenia
ADVERTISEMENT