CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Asing Kantoi Pungut Sampah Dan Humban Tepi Tasik- Plastik Pun Tak Ikat, Habis Berterabur

17-8-2023 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2719| Komen: 7

Tular rakaman seorang pekerja, dipercayai warga asing tidak amanah dalam menjalankan tugasnya apabila hanya menghumbankan sampah yang dipungut dari tong, di kawasan semak tepi tasik.

Menerusi perkongsian oleh La Aiba Natasha di TikTok, rakaman diambil sewaktu dia baru selesai beriadah dan memberhentikan sebentar keretanya di tepi jalan, bertentangan dengan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.


Foto: mStar

Melihat tindakan pekerja pembersihan yang berbaju hijau itu, dia pada mulanya terdetik rasa kagum apabila melihat pekerja itu mengambil gambar 'sebelum dan selepas' sampah dibuang, barangkali sebagai bukti kepada ketua atau penyelianya bahawa dia telah melaksanakan tugasnya pada hari tersebut.

"Mula-mula pujilah dia wah bagusnya tangkap gambar sebelum buang sampah. Tapi tiba-tiba dia tarik plastik (dari dalam tong sampah) tanpa ikat dan terus pergi campak dekat tepi tasik.


"Saya automatik membebel dalam kereta kenapa dia buat macam tu. Nak tegur tak berani. Nanti dia buat apa-apa pula kan. Kemudian saya rakam perbuatan pekerja ni," tulisnya di ruangan kapsyen.

Bercerita dalam video yang tular, wanita ini menjelaskan sekali lagi dengan terperinci bagaimana cara pekerja itu curi tulang.

"Dia tangkap gambar tong sampah 'sebelum' yang penuh dengan sampah. Dia ambil plastik dalam tong sampah tu dan buang dekat tasik tepi jalan.

"Lepas tu dia letak plastik sampah baharu dan tangkap gambar 'selepas' (selesai tugas)," katanya dalam video.

Dalam video sama, wanita ini kemudian menunjukkan keadaan kawasan berhampiran di mana dapat dilihat banyak sampah sarap hanya dilonggokkan di situ, bukan diikat rapi dan dibuang di tempat yang sepatutnya.

Dia ternyata sangat terkejut melihat pelbagai jenis sampah memenuhi kawasan belukar di tepi tasik itu, berkemungkinan aktiviti ini sudah lama dilakukan pekerja.

"Ha tengok! Tengok! Ya Allah memang dia buang kat bawah ni la selama ni, banyak gila wey plastik sampah dekat tepi tasik ni, macam kuala la

"Kita dah buang sampah elok-elok dalam tong sampah, dapat kat pekerja ni, dia pula pergi cemarkan alam sekitar," katanya lagi.

Hantaran tersebut nyata mengundang kecaman netizen yang melabelkan pekerja terbabit sebagai tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, rata-ratanya warganet memuji tindakan wanita ini yang merakam dan menyebarkan video itu.

"Tahniah, anda salah seorang rakyat yang tahu menggunakan media sosial untuk kebaikan bersama.

"Nasib baik awak nampak. Kalau tak, memang tak ada orang tahu.

"Kita perlukan netizen macam ni. Good job!

"Aku paling bengang orang buat kerja macam ni. Terima kasih dedahkan perkara macam ni," antara komen netizen di TikTok.

Dalam perkembangan terkini, ada netizen memaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah bertindak membersihkan kawasan tersebut selepas tularnya video itu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 17-8-2023 10:52 AM
Pekerja warga asing rajin, bagus & murah - ah chong cheng kok
Quote Skuau 17-8-2023 10:52 AM
Syukur
Quote prettyuglybabe 17-8-2023 11:05 AM
bangla kutip sampah memang ada yang pemalas ye..
kita dah beli tong sampah hijau besar tu patut dorang tonggang je ke lori..
tapi dorang malas nak tolak tong gi ke lori, dorang just kutip je..
so sampah yang bawah-bawah tak amik sebab tong tu tinggi..

Quote Themilo 17-8-2023 12:29 PM
tasik apo depan HSA JB tu, laut la

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.119790 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top