CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nilai Kekayaan Merosot, 3.5 Juta Orang Hilang Gelaran Jutawan

17-8-2023 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2191| Komen: 2

ZURICH, Switzerland –  Kejatuhan pertama nilai kekayaan global sejak krisis kewangan dunia berlaku pada 2008 menyebabkan lebih 3.5 juta orang kehilangan status ‘jutawan dolar’ tahun lepas.

The Guardian melaporkan, bilangan individu dewasa yang mempunyai aset lebih AS$1 juta (RM4.64 juta) turun daripada 62.9 juta orang pada akhir 2021 kepada 59.4 juta pada penghujung 2022, demikian menurut laporan kekayaan tahunan yang dikeluarkan oleh bank dari Switzerland, UBS.

Gambar Hiasan: AFP

Menurut laporan tersebut, kekayaan global terkesan disebabkan kadar inflasi yang tinggi dan kejatuhan kebanyakan mata wang berbanding dolar AS.

Bilangan jutawan di AS paling banyak berkurang, iaitu sebanyak 1.8 juta orang berbanding 22.7 juta. Namun, masih terdapat lebih ramai jutawan di negara itu berbanding negara lain.

Sementara itu, bilangan jutawan di Jepun kini adalah 2.6 juta orang, merosot berbanding 3.2 juta, dan diikuti dengan Britain yang memiliki 2.6 juta jutawan selepas kehilangan seramai 440,000 orang.


Laporan yang sama turut mendapati bilangan individu yang mempunyai kekayaan lebih AS$50 juta (RM231.97 juta) berkurang sebanyak 22,500 menjadi 243,000 orang.

Dalam pada itu, satu kajian berasingan bagi indeks bilionair Bloomberg mendapati kelompok 500 orang terkaya dunia turut kehilangan jumlah kekayaan yang digabungkan bernilai AS$1.4 trilion (RM6.50 trilion) pada 2022.

Manusia terkaya di dunia, Elon Musk turut rugi sebanyak AS$138 bilion (RM640.25 bilion) pada 2022, tahun di mana beliau menyelesaikan pengambilalihan platform Twitter yang bernilai AS$44 bilion (RM204.14 bilion).

Purata kekayaan bagi setiap orang dewasa pula turun sebanyak AS$3,200 (RM14,846) kepada AS$84,718 (RM393,049). 

“Hasil kajian ini menunjukkan berlakunya gangguan  dalam pengembangan kekayaan isi rumah yang sebelum ini meningkat pada abad ini,” kata UBS. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.188534 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top