CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minuman Tenaga Boleh Bawa Padah- Dada Jadi 'Ribut', Boleh Mati

17-8-2023 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2235| Komen: 2

PETALING JAYA  – Boleh menyebabkan kematian, pengambilan minuman tenaga secara berlebihan boleh memberi kesan kepada jantung dan paru-paru jika tidak dikawal.

Perkara tersebut dikongsikan seorang doktor perubatan di akaun TikTok miliknya dengan berkata, ia disebabkan bahan kandungan kafein di dalam minuman tersebut yang boleh menganggu aktiviti berkaitan jantung.


Gambar Hiasan

“Ini kerana kafein akan mempengaruhi saraf dan degupan jantung. Apabila seseorang minum kafein, dada akan menjadi ‘ribut’ dan juga ada akan mengalami ‘anxiety’,” katanya.

Lebih parah, di dalam sesetengah situasi kafein juga boleh menjadi punca darah beku, darah tesumbat, strok serta tekanan darah tinggi.

Nasihatnya, minuman tenaga masih boleh diminum namun memerlukan pengawalan yang ketat supaya tidak mengambil jumlah kafein yang berlebihan dalam sehari.

“Seseorang itu hanya boleh mengambil tidak lebih dari 400 miligram kafein sehari. Manakala, wanita mengandung pula perlu tidak boleh mengambil walaupun sedikit pun.


“Semua orang perlu berpada-pada dalam mengambil minuman seperti ini. Lagipun, manusia tidak perlu sentiasa bertenaga sepanjang hari, perlu ada rehat juga,” jelasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.547473 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top