PETALING JAYA – Seorang pengguna Twitter berkongsi komen yang diterima selepas berkongsi menghabiskan lebih tiga jam untuk mengemas rumah bujangnya. “Kahwin lah bro, nanti bagi isteri je buat kerja rumah,” komen lelaki tersebut.
Bagaimanapun ramai tidak berpuas hati dan berang dengan kenyataan tidak bermaruah lelaki tersebut yang disifatkan tidak menghormati kaum wanita. “Kesian isteri dia, terpedaya. Orang lain kahwin nak ada pasangan hidup bersama tetapi suami dia hanya nak ‘jimat’ duit bayar orang gaji. Didoakan semoga isteri dia kuat dan anak-anak semua ikut perangai isteri bukan dia,” ulas Can. “Mesti dia tak menolong di rumah. Saya masak dekat rumah pun tak payah minta tolong, adik-adik akan terus bantu basuh pinggan dan kemas. Prinsip dia semua orang makan kan, jadi semua orang tolong,” kata Zaikha. “Lelaki seperti ini masih wujud, wanita bukannya orang gaji. Dah rasa macam tahun 1990, benda macam ini pun nak kena cakap lagi. Memalukan!,” serang Izzat. Manakala pengguna Twitter, Tatty Hassan berkata dia cuba bersangka baik bahawa lelaki tersebut jahil mengenai tanggungjawab suami isteri. Namun begitu, difahamkan lelaki tersebut telah berumah tangga dan mempunyai dua orang cahaya mata. -CARI Sumber: Kosmo |
ADVERTISEMENT