CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ragut Beg Dapat RM2 Je, Lelaki Bakal Dipenjara 9 Tahun

17-8-2023 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2278| Komen: 4

Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang meragut beg tangan kanak-kanak perempuan.

SerambiNews melaporkan, mangsa dikatakan berjalan bersendirian sebelum diragut di Bandung, Jawa Barat, Indonesia.


Menurut pihak polis di Bandung, Oliestha Ageng Wicaksana, mangsa ragut mengalami kecederaan luka di bahagian leher.

Gambar Hiasan

Katanya, pelaku sebelum itu melihat mangsa memasukkan 50,000 rupiah (RM15.16) ke dalam beg tangannya.

Bagaimanapun, di dalam beg tangan itu, wang yang berjaya diperoleh pencuri tersebut hanyalah 7,500 rupiah (RM2.27).

Tindakannya meragut adalah bertujuan untuk mendapatkan wang tambahan membeli minuman keras.

Tambah Ageng, peragut berdepan hukuman penjara sembilan tahun jika disabitkan dengan kesalahan.

“Hukumannya paling lama adalah sembilan tahun penjara.

“Tapi kita tidak fokus pada jumlah wang tetapi kejadian mengakibatkan luka di tubuh mangsa.


“Pihak kami akan proses kes ini bersesuai dengan undang-undang mengenai kejadian," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 17-8-2023 09:30 AM
Priskis priskis..dgn bebudak pun ko nk ragut

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.125334 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top