CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Ebit Lew: Perisian Tak Dapat Kenal Pasti Data Dipadam Dalam Telefon Bimbit Pengadu

16-8-2023 10:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5872| Komen: 2

Tenom: Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa perisian XRY yang digunakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengenal pasti data yang dipadam daripada telefon bimbit pengadu wanita dalam kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew.


Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM Latifah Abdul Aziz, 43, berkata beliau menggunakan perisian itu untuk mengekstrak data dalam telefon bimbit pengadu.


Saksi pendakwaan ketujuh itu bersetuju dengan cadangan peguam Ram Singh, yang mewakili Ebit Lew, bahawa sebagai pihak yang menyediakan laporan forensik dan menganalisis telefon bimbit itu, ada kemungkinan mesej teks sudah dipadam.

Latifah berkata beliau turut menganalisis telefon bimbit yang dirampas daripada saksi pertama iaitu Mohd Fairuz Abu dan saksi ketiga Firdaus Wong Wai Hung.

"Hasil analisis mendapati terdapat kumpulan WhatsApp dinamakan 'Nobody' mempunyai empat ahli iaitu Mohd Fairuz, Firdaus dan dua individu lain," katanya pada perbicaraan kes Lew di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.


Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lola0311 16-8-2023 10:39 PM
biar betul baru umur 38??
Quote Tinot7 16-8-2023 10:55 PM
lola0311 replied at 16-8-2023 10:39 PM
biar betul baru umur 38??

Hang pikiaq dia umo baper?

Dia mmg muda la..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.704664 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top