CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cemburu Isteri Gayut Di Telefon- Suami Ketuk Kepala Guna Lesung Batu, Tikam Kepala Berkali-Kali, Campak Mayat Di Hutan

16-8-2023 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3038| Komen: 6

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand membunuh isterinya sebelum membuang mayat mangsa ke dalam hutan di belakang rumah mereka gara-gara cemburu.

Thaiger melaporkan, kejadian itu berlaku sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) di mana polis menerima laporan mengenai pembunuhan di kawasan Moo 10, daerah Ko Chan.


Sejurus tiba di lokasi kejadian, polis mendapati sebuah rumah satu tingkat berada dalam keadaan bersepah dan berselerak dengan pakaian, selain kesan seretan darah dari rumah ke dalam hutan turut dikesan. 

Foto: Thaiger

Selepas mengekori kesan darah tersebut, polis menemui mayat wanita bernama Usamani, 36, dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel.

Sebilah parang pemotong rumput dan cangkul turut ditemui berhampiran mayat mangsa.

Selepas melakukan pembunuhan itu, suami mangsa, Teeraphan, 33, cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta sebelum kembali ke rumahnya untuk mengambil barang.


Dia bagaimanapun ditahan oleh polis yang sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Teeraphan mengaku bersalah membunuh isterinya. Menurutnya, pergaduhan mereka bermula selepas dia mendapati isterinya berbual dengan lelaki lain menerusi telefon semasa memasak.

Dia turut mengaku memukul isterinya menggunakan lesung batu sehingga jatuh ke lantai sebelum menikam kepala mangsa beberapa kali menggunakan alat tajam.

Dia kemudian mengheret mayat isterinya keluar rumah dan meninggalkannya di dalam hutan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 16-8-2023 06:06 PM
Hari blh letak date hari lesung batu sedunia....kat indon lesung batu tersangkak dlm vagina janda, kt siam plk lesung batu hempuk kepala
Quote margo20 16-8-2023 06:21 PM
Banyak rupanya kegunaan lesung ni igt utk buat sambal ayam penyet je
Quote rosedemon 17-8-2023 08:53 AM
nohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, sapa suro gatai

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.212253 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top