CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Sakit Buah Pinggang, Dah Tak Ada Nafsu Nak Layan Batin -Suami Tetap Setia Walau Diminta Kahwin Lain

16-8-2023 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3539| Komen: 18

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi kisah kesetiaan sepasang suami isteri yang dilanda pelbagai masalah kehidupan.

Walaupun isteri terpaksa menjalani dialisis tiga kali seminggu disebabkan penyakit buah pinggang. kesetiaan suami langsung tidak teruji.


Gambar Hiasan

“Pada awalnya, suami bekerja sebagai pemandu lori. Namun, disebabkan isteri sakit, dia (suami) berhenti kerja dan mula lakukan kerja kampung supaya boleh berada dekat dengan isteri.

“Antara kesan sampingan penyakit buah pinggang ialah isteri tidak lagi mempunyai nafsu untuk melayan suami. Jadi, isterinya membenarkan suami berkahwin lain,” katanya di Facebook.

Tambahnya, perkara itu juga direstui oleh ahli keluarga isteri yang lain. Bagaimanapun, suaminya tetap setia dan kini usia perkahwinan mereka sudah menjangkau 10 tahun.

“Pasangan ini tak ada anak. Sebelum ini, pernah alami keguguran. Tetapi, suaminya tetap disisi, terus menjaga isteri dan tak ada perasaan untuk berkahwin lain.


“Kalau ikutkan, ‘green light’ dah bagi. Tetapi, dia (suami) pilih untuk tidak menyakitkan hati isteri yang sedang sakit,” katanya dalam hantaran sama.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai bersetuju suami tersebut umpama sebutir permata yang sangat jarang ditemui.

“Bukan senang nak jumpa lelaki yang setia waktu sakit, susah senang ada bersama. Memang ada tapi tak ramai,” kata Eda.

“Abah saya pun sama, tak kahwin lain sebab nak jaga arwah mak saya yang sakit buah pinggang hampir 10 tahun. Selepas arwah meninggal, empat tahun kemudian baru abah kahwin lain,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 16-8-2023 11:56 PM
Tak lama lagi kahwin le tu.

Jantan.
Dengar cerita boleh.
Tapi percaya jangan.
Quote slyfynx 17-8-2023 12:04 AM
Seorang wanita berkongsi kisah kesetiaan sepasang suami isteri yang dilanda pelbagai masalah kehidupan.


Ade bibit2 hasanah
Quote Tinot7 17-8-2023 07:07 AM
Hahaha.. belum apa2 dah org tak caya.. camne ni?
Quote elzy 17-8-2023 08:38 AM
Lily_Elizabeth_: Tak lama lagi kahwin le tu.Jantan.Dengar cerita boleh.Tapi percaya jangan.


Statement you mengingatkan saya tentang ustaz di sekolah saya..
Boleh kata cinta hingga ke jannah katanya. Sepanjang masa ke mana-mana berpegangan tangan.
Suka kongsi kisah cinta mereka masa mengajar..
Bila isteri ustaz ni meninggal, tak sampai 6 bulan bercinta dengan ex-schoolmate, tak lama kawen..
Hurrrmmmmm back to your statement laa kannnn.. ada betulnya.
Quote rosedemon 17-8-2023 08:52 AM
jantan kotttttttttttt ko cayalaaaaa sgt
Quote plywood 17-8-2023 08:53 AM
Dia layan isteri dia sakit tu dah cukup baik.

Lepas isteri meninggal biarlah dia buat keputusan sendiri pasal hidup dia, takkan kita nak harapkan dia tak kawin pulak.. tp sepatutnya lepas isteri meninggal ini perkara masa hadapan, tak patut pun orang lain fikir untuk dia
Quote Suchi 17-8-2023 09:03 AM
Maybe lakinya pun dah tak bernafsu ngn cikki tu sbb la dia tak kawen lain.
Org jatey ni en zakar dia takleh bangun sbb kencin maness pun dia masih berangan nak kawen lagi

Susah lerr nak caya cerita hasanah gini
Quote s@s@ 17-8-2023 09:06 AM
elzy replied at 17-8-2023 08:38 AM
Statement you mengingatkan saya tentang ustaz di sekolah saya..
Boleh kata cinta hingga ke jannah  ...

dah tu nak kena tanam sekali dgn bini ka macam maharaja dolu2?
Quote mamajawie 17-8-2023 10:34 AM
gundunyehhh tangan
Quote Perwira2022 17-8-2023 10:37 AM
elzy replied at 17-8-2023 08:38 AM
Statement you mengingatkan saya tentang ustaz di sekolah saya..
Boleh kata cinta hingga ke jannah  ...

Aik.. Salah ke ustaz tu kawin lepas 6 bulan isterinya meninggal dunia? Disarankan tunggu berapa tahun baru ok?
Quote girlfridayz 17-8-2023 04:10 PM
plywood: Dia layan isteri dia sakit tu dah cukup baik. Lepas isteri meninggal biarlah dia buat keputusan sendiri pasal hidup dia, takkan kita nak harapkan dia  ...


Tu la.. Kena ubahla mindset yg kata kalau cepat move on tu maksudnya tak setia.. Bukan tak setia tapi takde rezeki dah nak setia.

Macam suami saya sekarang, kitorang kawen dalam 5 bulan lepas arwah isteri dia meninggal. Bagi saya takde salah apapon, dia bukan curang pada sesiapa. Saya pun baru break time tu jadi kitorang sama2 tolong masing2 untuk move on. Alhamdulillah la memang lebih cepat move on pun macam tu. Hidup tetap kena terus..

Suami saya dah tunjuk komitmen 20 tahun dia dengan arwah wife dia, sebab dia kawen ngan arwah yang dah sedia ada sakit buah pinggang dari sebelum kawen lagi. Sebab dulu arwah kena tendang dengan ex-tunang dia kat perut sampai rosak buah pinggang. Orang lain pulak dok nasihat dia suruh poligami time arwah sakit teruk time ujung-ujung tu, tapi dia taknak pun..

Pastu dia dah single. Sedih dan sunyi oiii teman 20 tahun tinggalkan dia. Apelah salahnye dia nak cari bahagia dia semula. Nak meratap je pun takde guna dikkk..
Quote jihyomelly 17-8-2023 04:28 PM
actually kalau pasangan dah ninggal kawin la lain as teman..jgn la masa bini / laki sakit dah ber scandal kawin diam2 tu lagi teruk..bahagiakan diri memasing jgn lak jd macam laki retis tu..meratib sampai dah kawin baru pun masih ratib tak abih
Quote ifanonline 17-8-2023 04:29 PM
ramai andartu dlm negara, pilih aje
Quote nad014 18-8-2023 02:42 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 16-8-2023 11:56 PM
Tak lama lagi kahwin le tu.

Jantan.

lelaki dan nafsunya ....
Quote totokreturn. 21-8-2023 01:45 PM
@abg.tesla

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.609251 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top