CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Letupan Depan Sekolah Akibat Objek Buatan Sendiri

16-8-2023 05:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1837| Komen: 2

Padang Besar: Letupan di depan sebuah sekolah di Padang Besar di sini, jam 4 pagi tadi disahkan berpunca daripada objek dipercayai buatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat jam 7.30 pagi daripada pengawal keselamatan sekolah berkenaan yang memaklumkan terdapat letupan di luar pagar sekolah sekitar jam 4 pagi.



"Hasil siasatan awal, letupan berpunca daripada objek dipercayai buatan sendiri. Kami dapati, bahan letupan itu dipercayai diperbuat daripada paip besi," katanya pada kenyataan.

Menurut Mohd Shokri, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar bersama anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dikerah ke lokasi.

"Tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan lanjut masih berjalan. Orang ramai dinasihati tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan," katanya.


Maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Harnizam di talian 011-5551000.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 16-8-2023 07:46 PM
Sila jawab dan bertanggungjawab pihak pemisah itu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.045911 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top