Video seekor cacing hidup sedang bergerak di dalam bungkusan ikan salmon tular di media sosial. Menerusi rakaman tersebut, seekor cacing dilihat masih hidup dan bergerak meskipun ia dibalut dengan plastik yang menutupi ikan berkenaan.
Menurut pelanggan yang dikenali sebagai Rachel Lyn, 34, dia menyedari kehadiran cacing itu ketika sedang membelek bungkusan salmon di sebuah pasar raya, baru-baru ini. Dia yang jijik melihat cacing hidup terus meletakkan semula bungkusan berkenaan dan membatalkan hasrat untuk membeli ikan salmon. Rachel dari Tasik Wylie di Carolina Selatan bukanlah pelanggan pertama yang menemui cacing dalam bungkusan salmon di pasar raya. Carian menerusi Google turut memaparkan banyak artikel mengenai pengalaman serupa yang dilalui pelanggan lain sebelum ini. - CARI Sumber: mStar/Daily Star
|
ADVERTISEMENT