CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Lelaki Bangladesh Belasah Pekerja Sayur Di Cameron Highlands Gara-Gara Berebut Pelanggan

16-8-2023 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2164| Komen: 8

CAMERON HIGHLANDS - Seorang pekerja gerai sayur dekat Brinchang cedera diserang tiga lelaki warga Bangladesh menggunakan penutup bekas ais pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.04 tengah hari itu, berlaku pertengkaran mulut melibatkan mangsa iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun bersama seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali bekerja di sebuah gerai sayur berpunca berebut pelanggan.


Menurutnya, mangsa kemudiannya telah diserang dua lagi lelaki warga Bangladesh lain dalam kejadian tersebut.


Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli memberitahu, "Ketiga-tiga lelaki warganegara Bangladesh tersebut telah bertindak menyerang pengadu dengan menggunakan penutup bekas ais.

"Pengadu mengalami kecederaan luka di bahagian kening sebelah kanan dan sakit di keseluruhan bahagian badan."

Jelas Azri, pengadu telah menerima rawatan di Hospital Besar Tanah Rata dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kening dan kecederaan lebam pada bahagian belakang badan dan dada.


"Suspek pertama telah ditangkap dan tangkapan terhadap suspek kedua dan ketiga akan dijalankan secepat mungkin bagi melengkapkan siasatan," tambah beliau kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 1 minit 54 saat memaparkan serangan tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna di aplikasi Twitter pada Khamis. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 16-8-2023 02:52 PM
@Skuau tersenyum sinis
Quote ipanimanz1 16-8-2023 03:20 PM
aik, xlaku sangat ke jualan kat sana?bukanka slu jam?
Quote Skuau 16-8-2023 03:25 PM
kakikuDibibirmu replied at 16-8-2023 02:52 PM
@Skuau tersenyum sinis {:mlwa ...


TAHNIAH kpd kerajaan MALAYSIA...amik/jemput bangla ..'untuk' memukul/menyerang rakyat Msia@warganegaranya sendiri.Bila KALAH PILIHAN RAYA SALAHKAN AIR...pulok
Quote prettyuglybabe 16-8-2023 04:58 PM
sapa je membeli sayur kat sana tu..
baik beli kat supermarket biasa..
sama je harga..
ada yang lagi murah kot..
kat atas tu pun dorang amik sayur kat bawah jual..
sayur buah yang elok sah sah dorang eksport..
Quote rosedemon 17-8-2023 08:50 AM
ingatkan brebut awek kiki

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.068180 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top