Demi menjaga nilai budaya Bali dari budaya luar, Gabenor Bali, Indonesia, Wayan Koster, menyeru agar generasi muda di situ agar tidak menonton filem dari Malaysia, iaitu Upin dan Ipin. Beliau berkata, daripada menonton siri animasi buatan negara jiran, lebih baik membuat karya sendiri sekali gus mengangkat budaya tempatan.
“Jangan tonton lagi itu (filem Upin Ipin). Lebih baik kita bangunkan produksi yang mengangkat tradisi dan budaya kita. “Tanah Bali betul-betul memiliki kekayaan untuk itu,” katanya ketika berucap di majlis penyerahan hadiah Lomba Esai Film Jayaprana di Bali, Isnin, 14 Ogos 2023. Indo Zone melaporkan, Wayan juga menyebut, budaya dari luar, teknologi dan cara kehidupan moden boleh berkembang. Tetapi jangan sesekali meninggalkan budaya Bali. “Teknologi moden boleh berkembang, cara kehidupan moden boleh berkembang, tetapi satu hal yang saya ingatkan, jangan kita meninggalkan budaya Bali,” ujarnya.
Bagaimanapun, kenyataan Gabenor Bali itu mengundang pelbagai reaksi negatif netizen yang dianggap tidak masuk akal. “Saya pilih Tok Dalang dari pakcik ni. Jangan pandai melarang saja, tapi berilah pilihan. Pilihan pun tak ada, jadi kami nak tonton apa? Masyarakat mempunyai hak dan kewajipan masing-masing,” kata netizen Indonesia. -CARI
|
schmashion11 replied at 16-8-2023 02:42 PM
Larang la sekali warganya dtg buat sesak di Malaysia ni. Bangunkan negara sendiri gittew
pokokmeranti replied at 16-8-2023 02:48 PM
hantar susanti balik indon
AznieBunnie replied at 16-8-2023 03:05 PM
mai angkut sekali rakyat hiang yg buat jenayah kat sini....
pinggan tak retak, nasi tak dingin... ...
ADVERTISEMENT