CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Tergamak Bunuh Anak Kembar Autisme, Nak Ringankan Beban Isteri Dah Malas Nak Jaga

16-8-2023 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6257| Komen: 53

Seorang bapa di Singapura mengaku bersalah di mahkamah atas pertuduhan membunuh dua anak kembarnya yang menghidap autisme, di taman permainan Greenridge Crescent, pada 21 Januari 2022.

Ketika kejadian, dua anak kepada tertuduh, Xavier Yap Jung Houn, 50, iaitu, Aston Yap Kai Shern dan Ethan Yap E Chern, baru berusia 11 tahun.


Meskipun terlepas daripada hukuman mati selepas tertuduh didapati mengalami kemurungan tahap sederhana pada hari kejadian, Yap tetap berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun atau seumur hidup dan sebatan.

Foto: Mothership

Menurut dokumen yang dibacakan di mahkamah, Yap tinggal bersama isteri dan dua anak mereka yang disyaki menghidap gangguan spektrum autisme (ASD), sejak berusia dua tahun dan disahkan secara rasmi menghidap ASD dan Kelewatan Perkembangan (GDD) ketika berusia sekitar tujuh tahun.

Kembar berkenaan kemudian didaftarkan ke sekolah rendah pada usia sembilan tahun.


Difahamkan, Yap yang mengambil tanggungjawab untuk menguruskan anak-anaknya dan tidak pernah mendisiplinkan mereka menggunakan kekerasan fizikal. Malah Yap turut membantu menyediakan keperluan harian, serta membeli apa jua barangan yang mereka inginkan.

Yap banyak terlibat dalam pelajaran anak-anak dan meluangkan lebih banyak masa bersama sejak kembar itu mula memasuki sekolah rendah.

Bagaimanapun, pada tahun 2019, Yap mendapati isterinya seakan-akan tidak dapat menerima keadaan anak kembar mereka yang kerap dimarah. Maka timbullah idea di fikiran Yap untuk membunuh diri.

Foto: Mothership

Awal tahun 2022, Yap mengambil keputusan untuk membunuh anak kembarnya dan diri sendiri kerana menyedari isteirnya tertekan dan kecewa apabila dimaklumkan anak mereka perlu dinilai semula jika mahu dikekalkan di sekolah rendah itu.

Yap merasakan isterinya telah berputus asa terhadap anak-anak dan berfikir bahawa dengan membunuh mereka, beban yang ditanggung oleh isterinya selama ini akan terus hilang.

Timbul juga kebimbangan dalam diri Yap sekiranya Aston dan Ethan tidak akan dipedulikan dan dibuli sekiranya dia dan isteri meninggal dunia nanti.

21 Januari 2022, Yap nekad melaksanakan perancangannya dengan memilih taman permainan berhampiran rumahnya yang agak sunyi dan mempunyai padang luas berdekatan hutan.

Petang hari kejadian, Yap mengambil cuti dan membawa anak-anaknya ke taman permainan, bersama alat pemecah ais yang dibelinya sebulan lalu.

Dia membiarkan anak-anaknya bermain bersendirian di taman selama 10 minit sebelum membawa seorang demi seorang anaknya ke longkang besar berdekatan. Yap mengambil sebatang kayu dan ditekan dengan kuat di bahagian leher Ethan, tetapi gagal kerana kayu itu patah.

Yap segera mencekik anaknya menggunakan tangan dan meletakkan muka mangsa dalam air. Manakala abangnya, Aston, hanya menyaksikan kejadian itu tanpa bersuara, sebelum dibunuh dengan cara yang sama.

Foto: Mothership

Selepas membunuh anak kembarnya, Yap cuba membunuh diri dengan menyucuk perut, dada dan belakang badannya menggunakan alat pemecah ais batu yang dibawanya. Tetapi percubaannya gagal kerana kecederaan yang dialaminya adalah minima.

Yap kemudian menggunakan dahan pokok dan batu bersaiz penumbuk untuk memukul kepalanya sendiri dengan harapan boleh mendatangkan kecederaan pada otak.

Gagal meragut nyawanya sendiri, Yap merancang untuk membuat panggilan kecemasan palsu dengan mendakwa dia telah diserang serta perlukan bantuan polis untuk mencari anak lelakinya.

Yap kembali ke lokasi kejadian dan meletakkan kepala anaknya di atas riba sementara menunggu kehadiran polis. Tidak lama selepas itu, Yap berlari semula ke taman permainan sambil menjerit meminta tolong.

Polis yang tiba di lokasi menemui mayat dua kembar terbabit. Yap ditangkap pada keesokan harinya selepas dia mengaku telah membunuh anaknya.

Di mahkamah, pihak pendakwaan menjelaskan, doktor di Institut Kesihatan Mental mengesahkan Yap menghidap Major Depressive Disorder (MDD) pada tahap sederhana semasa kejadian itu berlaku.

Dalam laporan doktor mengatakan, tertuduh mengalami MDD lebih kurang tiga tahun. Yap juga memberitahu doktor bahawa walaupun dia tahu membunuh itu salah, tetapi dia telah putus asa dengan masa depan anak-anaknya dan mengambil keputusan untuk membunuh bagi melegakan anak-anak dan isterinya daripada tekanan dan penderitaan mereka.

Yap juga berpendapat, membunuh diri akan membolehkan isteri dan anak perempuannya dari perkahwinan terdahulu meneruskan kehidupan mereka.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 hingga 20 tahun dan menegaskan Yap mengalami masalah mental tetapi masih bolebh berfikir secara rasional serta merancang pembunuhan itu.

Yap yang dwakili oleh peguamnya, Patrick Nai, Choo Si Sen dan Choo Yean Lin, sepakat memohon lima tahun penjara atas kesalahan tersebut. Ini kerana anak guam mereka yang banyak menjaga anak kembar berkenaan sejak dia mendapati isterinya mula mendera anak sendiri berikutan penemuan kesan lebam dan rotan pada badan mereka.

Yap juga mendakwa isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain pada 2021. Dan pada hari kejadian (21 Januari 2022), dia mendapati isterinya mendaftar masuk ke sebuah hotel tempatan bersama dengan kekasih.

Peguamnya berkata, Yap memang melakukan kesalahan itu tetapi penghakiman terjejas disebabkan status Yap yang mengalami MDD.

Peguam itu juga berkata, Yap mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan dan PhD dalam bidang lain yang masih boleh disumbangkan kepada masyarakat selepas bebas dari penjara.

Mereka merasakan hukuman yang diminta oleh pihak pendakwaan adalah keterlaluan dan merayu agar hakim memberi hukuman yang lebih ringan.

Sementara itu, Yap mendakwa semasa dia berada di penjara, dia dimaklumkan oleh keluarga bahawa isterinya langsung tidak bersedih dengan kematian anak mereka. Malah dilihat lebih bahagia.

“Dia mula bawa kekasihnya tinggal di rumah dan membuang semua barang-barang milik anak kami. Dia sudah melampaui batas!” katanya. -CARI

Sumber: The Reporter/Mothership

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 16-8-2023 02:58 PM
Terus terfikir Zarina Zainuddin. Pernah ke dia ada idea macam Yap ni? Huhuhuhu
Tapi bapaknya ni bunuh anak-anak tu sebab sayang. Cuma ajal dia je belum sampai.
Quote kakikuDibibirmu 16-8-2023 03:03 PM
Tergamak tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa
Quote tri-max 16-8-2023 03:05 PM
macam baca thriller drama IRL
kesian beban yg tak tertanggung bapa tu
ada juga dlm dunia ni mak yg tak ada rasa empati langsung pada anak
rare case which is very interesting utk dikaji
moga bapak dapat hukuman minimal
Quote hareeeesah 16-8-2023 03:06 PM
Sedihnya pengakhiran mereka.. bini tu kalu kawin laki lain dpt anak sama br ada akal.  
Quote mamajawie 16-8-2023 03:07 PM
hmmm..kenapa la ada penyakit camni?ksian pkir parents yg ada ank2 cmni cm acik jena sabut nyoq ngan bapak adam autism tu..
Quote mojarean_X 16-8-2023 03:09 PM
Hanya yg memikul beban je faham. Semoga dipermudahkan
Quote namr 16-8-2023 03:13 PM
kesian, ujung2 bini bersuka ria lepas anak2 mati n laki masuk jel..
Quote KamikuP 16-8-2023 03:16 PM
Ya Allah sedihnya baca cara si Yap ni bunuh anak dia sorang sorang..masa bunuh yg 1st tu yg sorang tu hanya tengok je.. meolls sayu.. huwaaaa.......
Quote babynina30 16-8-2023 03:26 PM
Makin bersenang lenang bini heols berskandal yachh . Sian sgt. He pinterr orangnya
Quote nini_azmi 16-8-2023 03:32 PM
Tak sanggup nk baca sampai.
Ye, mmg terbeban nk jaga anak gini tp tergamak pulak g bunuh.
Singapore ptt learn a lesson dr case ni. Maybe provide support or kelas utk parents yg ada anak oku etc.. iols tatau sistem singapore ni when handling kids mcm ni. Maybe ada je cuma iols yg tatau
Quote akies 16-8-2023 03:35 PM
Kesian baca kisah ni..
Quote pokokmeranti 16-8-2023 03:35 PM
jagalah anak2 sebaik mungkin wlupun ada yg dikurniakan tidak sempurna akal atau fizikal. anggaplah itu jalan kita semua untuk mendapat syurga
Quote sharlenetexas 16-8-2023 03:41 PM
Teringat mendiang nora anne.

Quote umbut 16-8-2023 03:45 PM
Anak syndrome down lagi mudah jaga dari autism.
Quote nipskacang 16-8-2023 03:47 PM
Sedih nya baca kes ni , bapak dia cuba bunuh diri lps bunuh anak2 dia tp x mati. Tu dia call police and mengaku bunuh. Dia mengaku pun sebab nk court bg hukuman mati kat dia skali court bg jel 14 tahun kat dia, which is lagi menyiksakan kot huhu
Quote Kurex 16-8-2023 03:48 PM
Sayang ke malu?
Quote mawardia 16-8-2023 04:02 PM
Kerana bini sundal kau, kau sanggup bunuh anak2 kau yg x berdosa.
Hujung2 anak2 yg kau tatang bagai minyak yg penuh dh x ada.
Sundal yg kau bela, ikut jantan lain.
Kau mereput dlm jel.
Quote haznor 16-8-2023 04:09 PM
kesian. semua pengorbanan untuk isteri jadi sia-sia, isteri bersedapan pulak bawa skandal masuk rumah.
Quote Suchi 16-8-2023 04:55 PM
Sedihnya baca kisah nih
Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.


Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.117177 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top