CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Mak' Tengah Cerita Tentang Kesihatan Merosot- Kalbar Tiba-Tiba Kaku, Mati Semasa Live Tiktok

16-8-2023 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3927| Komen: 21

Kalbar yang popular di aplikasi TikTok mati di sisi pemiliknya pada pagi Rabu.

Kalbar yang merupakan seekor tikus Belanda mula dibela sejak Mac tahun lalu mati ketika ia berada di atas bahu pemiliknya, Fatin Farhana Ismail atau Bie.


Video ketika detik kematian itu turut dikongsi menerusi aplikasi TikTok sehingga ia mengundang simpati netizen.


Foto: mStar

Dalam video itu, Bie dilihat sedang bercerita tentang keadaan kesihatan Kalbar yang merosot sebelum ia tiba-tiba kaku di atas bahunya.

"Saya nak minta maaf, saya tak boleh dah nak selamatkan Kalbar. Saya dah pergi klinik haiwan merata-rata, saya tengok dia rasa macam tak sedap hati.

"Tengok dia dah tak boleh nak berdiri. Pengalaman saya banyak dah bela tikus Belanda..." ujar Bie sebelum dia tiba-tiba senyap.

Bie yang menyedari Kalbar telah pergi buat selama-lamanya terus memegang erat haiwan itu sambil menangis teresak-esak.


Dalam posting di TikTok, Bie yang juga bekas polis bantuan bagaimanapun menzahirkan rasa syukur kerana kehadiran Kalbar banyak membawa kegembiraan buat dirinya selama ini.


"Mak bersyukur sayang, dari Kalbar datang dekat mak sampai Kalbar pergi, mak ada di sisi Kalbar. Kalbar dah buat ramai orang happy lagi-lagi mak sayang.

"Simpan sini untuk mak dan lain untuk tidak lupakan Kalbar sampai bila-bila sayang. Kalbar tetap dalam hati mak sampai hembusan nafas mak, jumpa di sana Kalbar.

"Rehatlah di sana anakku sayang, terima kasih teman mak selama hampir dua tahun, mak sayang Kalbar dunia dan akhirat, jumpa mak di sana anak kesayangan mak," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa tidak percaya, malah bersimpati atas kehilangan yang perit itu.

"Saya turut bersedih sis. Terima kasih Kalbar menceriakan hari-hari kami semua.

"Sedihnya, Kalbar selalu penghibur kami kalau tengok live TikTok. Selamat jalan comel.

"Meleleh air mata. Tak ada dah gelagat Kalbar kat live," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Bie yang mempunyai hampir setengah juta pengikut di aplikasi TikTok sering membuat siaran langsung bersama beberapa ekor tikus Belanda belaannya.

Namun, Kalbar merupakan 'bintang' utama yang sering menjadi perhatian netizen kerana video gelagat lucunya selama ini. CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 16-8-2023 02:05 PM
Oh penah nampak video dia ingatkan tuan dia tu lelaki
Quote prince_marhaen 16-8-2023 02:26 PM
lalu fyp tiktok meols smlm... dia tgh live..tetiba kejung dah tikus dia tu.. huhu.. meols terkejut ye.. ingatkan tikus dia berlakon.. sorry ye sis.... salam takziah... btw, haiwan jenis macam tu lifespan dia pun max 5-7 tahun je.. tengok size pun dah macam umur2 gitu jugak.. so, takdir lah..  
Quote prettyuglybabe 16-8-2023 02:29 PM
i pantang betul kalau pet mati..
even tahan tak nak nangis pun, tetap akan nangis..
Quote mamajawie 16-8-2023 03:08 PM
ya rabbi ong pompuan ke??ingatkan laki..tpi takziah ye comel tikus tu
Quote manehnya 16-8-2023 03:09 PM
mmm pets jenis ni mmg mati x bg amaran kan, hamster iols pun mcm tu jugak, saspek jantung la kot huhu... sobs
Quote Kangkung1M 16-8-2023 03:12 PM
prince_marhaen replied at 16-8-2023 02:26 AM
lalu fyp tiktok meols smlm... dia tgh live..tetiba kejung dah tikus dia tu.. huhu.. meols terkejut y ...

Takziah.

[TikTok]7267726991279869185[/TikTok]
Quote kucingitam 16-8-2023 03:19 PM
bukan ke tikus tu dah mati masa dia letak atas bahu tu..dr mula dia bercakap mmg nampak dah kejung je
Quote Lagubestbest 16-8-2023 03:20 PM
bengong ke ape nanges over gini? haiwan ni bukannya hidup lama pun. kalau hamster lagila sekejap. n lagi satu kalau nak bela at least bela 2 ekor.
Quote hayrin86 16-8-2023 04:43 PM
Tak perlu la menangis..
Quote sukacactus 16-8-2023 04:48 PM
prince_marhaen replied at 16-8-2023 02:26 PM
lalu fyp tiktok meols smlm... dia tgh live..tetiba kejung dah tikus dia tu.. huhu.. meols terkejut y ...

Kisah sedih, tp sampai tang part igt dia berlakon tu aku tergelak...sorry!
Quote Tinot7 16-8-2023 07:07 PM
Takziah kpd owner
Quote isseliparjepun 16-8-2023 08:09 PM
Salam takziah. I pun takleh imagine kalau anak bulus I pergi nanti. Entah I pergi dulu, entah anak bulus pergi dulu, tak tau lah. Tapi kalau I yang pergi dulu, apalah nasib anak bulus I.
Quote B40tastePosh 16-8-2023 08:16 PM
prince_marhaen replied at 16-8-2023 02:26 PM
lalu fyp tiktok meols smlm... dia tgh live..tetiba kejung dah tikus dia tu.. huhu.. meols terkejut y ...

Ye bunyi bunga api meletup masa Hari Raya Aidilfitri yg lepas.
Quote green~tea 16-8-2023 08:23 PM
PIL aku pun bela guinea pig 3 ekor...  comel ngattttt behave ngatttt... anak & anak2 sedara aku suka main
Quote rosedemon 17-8-2023 08:53 AM
overrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. binatang je pon
Quote umbut 17-8-2023 08:56 AM
Cam pengkid
Quote prince_marhaen 17-8-2023 09:17 AM
B40tastePosh replied at 16-8-2023 08:16 PM
Ye bunyi bunga api meletup masa Hari Raya Aidilfitri yg lepas.

haaaa betul! hahahaha comel gila ye yang itu... guinea pig tu je lah comel...




Quote sharlenetexas 17-8-2023 09:23 AM
Kakpeng ke ni?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.386992 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top