Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr Azizul Azli Ahmad menerusi hantaran di Facebook mendedahkan dilema seorang lelaki yang buntu didesak isteri untuk hidup seperti orang kaya.
Malah, dia yang bergaji RM4,000 sebulan terpaksa meminjam wang daripada adik-beradik bagi memenuhi kehendak isterinya yang ‘berselera tinggi’ itu. Selain menurut kehendak isteri untuk menyewa rumah dua tingkat dengan sewa bulanan RM2,000, dia turut memberikan nafkah bulanan sebanyak RM500, namun ia masih tidak mencukupi bagi isterinya. Perkongsian tersebut turut menerima respons kurang senang orang ramai. “Kalau selera tinggi, kerja la, main minta-minta ja,” ujar Balqis Hadi. “Tegaslah. Cakap masuk banyak mana. Silap pilih isteri ni,” kata Ibunya Aqil. “Isteri lupa daratan ni susah juga. Nak berlumba dengan kawan kot. Ramai juga perempuan macam ni. Kawan bawa Honda dia nak bawak BMW tapi tak cermin diri sendiri pendapatan isi rumah berapa,” komen seorang pengguna. Sumber: KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT