CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Tak Bersalah…Saya Dianiayai' - Pemandu Van Sekolah Tak Mengaku Cabul Kanak-Kanak Tadika

16-8-2023 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2463| Komen: 8

Seorang pemandu van sekolah yang didakwa di Mahkamah Sesyen Muar hari ini, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan, awal bulan ini.

Tertuduh, Kumar Muniyandy, 51, mendakwa dia dianiayai selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.



KUMAR dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas diikat jamin sebanyak RM10,000 atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempua. FOTO Alias Abd Rani

Kumar yang juga pemilik van sekolah didakwa menyentuh badan dan kaki kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ketika mengambil mangsa dari sebuah Tadika di Kluang antara jam 12.30 tengah hari hingga jam 1 petang, 4 Ogos lalu.

Hairan mangsa pulang lewat dari sekolah, neneknya bertanya sama ada tertuduh melakukan sesuatu terhadapnya sebelum mengadu pinggang dan kakinya dipegang ketika dalam van.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan serta penjara lima tahun serta tidak kurang dua kali sebatan bagi hukuman tambahan mengikut Seksyen 16 (1).

Pihak pendakwaan memohon mahkamah supaya tertuduh yang tidak diwakili peguam dikenakan ikat jamin RM18,000 kerana mangsa membabitkan kanak-kanak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 September ini untuk sebutan semula kes.

Pada masa sama, mahkamah juga menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Kluang sebulan sekali serta tidak boleh mengganggu, berhubung dengan mangsa dan keluarganya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supersudoku 16-8-2023 01:28 PM
Skrg naik van elok ke ek?aku igt nk anta anak pakai van sekolah ni
Takot plak bc gini
Quote elzy 17-8-2023 08:09 AM
Ibubapa kena pastikan track record pemandu van sekolah antara salah satu cara untuk mengelakkan perkara begini berlaku.. Elok tanya dulu dengan mana-mana ibubapa yang pernah guna perkhidmatan pemandu van berkenaan.. Kesian bila anak-anak kecil begini dijadikan mangsa (andai perkara begini berlaku)..
Quote scorpionkiki 17-8-2023 08:21 AM
I rasa mmg salah faham saja ni. Kalau dia ni mmg buat benda ni dah lama dia pernah buat. Kesian uncle cari rezeki halal tp kena mcm ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.100746 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top