CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warganet Naik Angin Sepotong Kek ‘Cheese Blueberry’ Dijual RM43, Harga Tak Dipapar Dalam Menu

16-8-2023 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3212| Komen: 15

Kemarahan warganet tercetus berikutan sepotong kek cheese blueberry dijual pada harga 330 baht (RM43.25) di sebuah bakeri di kawasan kejiranan Nana di Bangkok.

Malah, harga kek itu tidak dinyatakan dalam kad menu sekali gus mengejutkan pelanggan ketika membayar makanan.




Lapor thethaiger.com, rata-rata warganet yang marah menyarankan pelanggan untuk melaporkan isu tersebut kepada pihak berkuasa berkaitan.

Seorang pengguna Facebook berkongsi pengalaman dialaminya menerusi satu hantaran di kumpulan We Are Consumer.

Menurut pengguna itu, dia berasa hairan dengan harga dikenakan bagi sepotong kek di bakeri tersebut, yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal, termasuk harganya tidak dinyatakan pada kad menu.

Katanya, dia bersama dua rakannya terkejut selepas mendapat tahu 330 baht dikenakan untuk setiap potongan kek ketika membayar bil.


“Sepotong kek cheese blueberry dijual pada harga 330 baht. Bukankah anda rasa harga ini terlalu tinggi?, kami terpaksa bayar 990 baht (RM 129.77) bagi tiga potong kek,” katanya.

Hantaran itu turut menyatakan pertikaian tercetus antara pelanggan dan juruwang ketika bayaran bil makanan.

“Situasi menjadi lebih buruk apabila kod produk tertulis di sebelah kek keju pada kad menu itu yang disalah anggap sebagai harga kek.

“Kod itu tertera 119-129 yang kelihatan seperti tanda harga yang berpatutan bagi sepotong kek cheese blueberry,” lapor KhaoSod.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 30-8-2023 05:24 PM
mulut berat sangat nak tanya sebelum oder tu....lepas tu memekak dekat socmed
Quote orenmango 30-8-2023 07:04 PM
Hmm... teruk betul nilai ringgit kita. Dgn baht pun kalah
Quote white_musk 30-8-2023 07:05 PM
Siapa kata thailand tu murah?
Quote brego 30-8-2023 07:07 PM
kemarahan warganet over cheese cake?

nobody give a shit  
Quote nirose 30-8-2023 07:17 PM
Kat penang pun ada kedai jual sepotong kek harga 40lebih ni.. tapi dia display harga laa..
Quote dani-rox 30-8-2023 09:26 PM
kisah netizen siam gaduh psl harga bluberi chiskek pun jd isu semasa tanah air
Quote shernazz 30-8-2023 09:32 PM
nirose replied at 30-8-2023 07:17 PM
Kat penang pun ada kedai jual sepotong kek harga 40lebih ni.. tapi dia display harga laa..

Kek apakah tu...
Mmg.artisan.punya cake ke?
Quote nirose 30-8-2023 09:48 PM
shernazz replied at 30-8-2023 09:32 PM
Kek apakah tu...
Mmg.artisan.punya cake ke?

Cuba cek kedai nama moody cow dessert cafe.. tgk review kata kek sedap dan one slice boleh kongsi 2-3 org.. yg famous cempedak cake..
Quote shernazz 31-8-2023 04:56 PM
nirose replied at 30-8-2023 09:48 PM
Cuba cek kedai nama moody cow dessert cafe.. tgk review kata kek sedap dan one slice boleh kongsi  ...

Omg omg
I like cempedak..
Huhu.
Tapi kek dia ada alcohol kan..
Alahai..huhu..
Patut la mahai
Quote CikYaYaYa 1-9-2023 07:10 PM
Biasakan diri bertanya harga sebelum beli if xdak display harga kat situ. Xdak laaa ko sakit jantunf nak membayarnyaa

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.051095 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top