CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Lelaki Parah Buluh Tembusi Perut Lepas Rempuh Trak Pikap Di Gua Musang

16-8-2023 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1778| Komen: 11

Remaja lelaki yang terbabit kemalangan selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah trak pikap diparkir tepi jalan di Kilometer 29, Jalan Gua Musang-Jeli di Jambatan Pulau Setelu semalam, parah apabila sebatang buluh menembusi perutnya.


Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, buluh berukuran dua meter tertusuk sehingga menembusi bahagian perut Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13.


KEADAAN seorang remaja lelaki yang mengalami cedera parah selepas perutnya tertusuk sebatang batang buluh dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Gua Musang-Jeli di Jambatan Pulau Setelu di Gua Musang, Kelantan, semalam.-IHSAN POLIS

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 dari rumahnya di Kampung Pulau Setelu untuk memancing di sebuah sungai.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa merempuh belakang sebuah trak pikap jenis Nissan Frontier yang membawa muatan buluh yang diparkir di tepi jalan di atas Jambatan Pulau Setelu.


“Keadaan itu menyebabkan sebatang buluh berukuran dua meter tertusuk menembusi perut mangsa.

“Remaja itu dibawa oleh orang awam ke Hospital Gua Musang di sini untuk rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Choon Foo memberitahu, pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati semasa menjalankan kerja-kerja di laluan jalan raya dengan memberi isyarat secukupnya kepada pengguna yang lain.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 16-8-2023 12:45 PM
oh my
skeri nya dek
syukur la x kena jantung ke paru2 ke


jgn lupa ambik gmbr bnyk2
rare kes ni
many2 years nnt tgk balik sure tersengih2 sambil rasa2 ngilu
Quote Thunderclouds 16-8-2023 12:56 PM
Allahu akbar..
Quote noor2 16-8-2023 01:10 PM
Moga x de yg tarik buluh tu sebelum bawak ke hospital
Quote hareeeesah 16-8-2023 01:13 PM
Eh ngeri… xsanggup nk fikir mcm mana dia keluarkn tu [em:8:]
Quote Belibis 16-8-2023 01:20 PM
Buluh untuk bendera PRU agaknya.
* Sebatang sungai bro...bukan sebuah sungai.
Quote supernaturalee 16-8-2023 01:41 PM
tp buluh tu nmpk clean on both sides kan
dh dilap ke caner

dia mcm xde isi yg terkeluar
tp mcm kena tolak ke tepi, but inside his body

ha caner tu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.116022 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top