CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kontraktor Rumah Potong Struktur Bumbung Dengan 'Chainsaw' Sebab Majikan Liat Bayar Upah

16-8-2023 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1424| Komen: 9

Berang upahnya tidak dibayar, seorang kontraktor rumah merosakkan binaan tambahan yang dijalankan di sebuah kediaman dengan pemotong gergaji berantai dalam kejadian di kawasan perumahan dekat Swords, Dublin. 


Difahamkan, invididu berkenaan nekad berbuat demikian selepas dia dikatakan tidak diberikan upah terhadap kerja yang sudah siap dilaksanakannya untuk melakukan binaan tambahan di bahagian laman belakang rumah itu.


Tindakan kontraktor tersebut merosakkan binaan tambahan tersebut tular selepas ia dimuat naik ke laman media sosial, Reddit. — Agensi

Berdasarkan klip berkenaan, kontraktor terbabit dilihat naik ke atas bumbung sebelum memotong bahagian atas binaan berkenaan.

Dalam pada itu, lelaki terbabit dipercayai terlebih dahulu membuat hebahan kepada kejiranan terbabit berkenaan dengan kegagalan pemilik kediaman berkenaan untuk membayar upah terhadap kerja-kerja ubah suai yang dilakukannya.


Papan tanda besar hebahan tersebut diletakkan pada pokok, tiang lampu dan kereta di kawasan kejiranan terbabit.

Rakaman kejadian tersebut tular selepas ia dimuat naik ke laman media sosial, Reddit. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 30-8-2023 05:19 PM
Jangan main2 bab upah ni..
Quote hokeypokey 7-9-2024 03:10 PM
terbaek bang, adegan yg ingin kita lihat
Quote Ai_kiu 7-9-2024 03:10 PM
⠀⠀⠀ replied at 7-9-2024 03:04 PM

Mana momod weiiii... ahad cuti ke
Mamat spam merata ni semua thread zaman tok kaduk naik balik kat CI

Jiizzzźzzzzzzz penat aku tlong report nick woi
Quote B40tastePosh 7-9-2024 03:12 PM
Ai_kiu replied at 7-9-2024 03:10 PM
Mana momod weiiii... ahad cuti ke
Mamat spam merata ni semua thread zaman tok kaduk naik balik kat ...

Roh forummer yg dah mati ke?
Quote Ai_kiu 7-9-2024 03:15 PM
Edited by Ai_kiu at 7-9-2024 03:16 PM
B40tastePosh replied at 7-9-2024 03:12 PM
Roh forummer yg dah mati ke?


Aku syak nick ni gigih kutip kacang sbb nk panjat tangga thread berpagar
Sejak semalam dia buat keje
Bodoh tolol

Baidewei ko tolong la report nick ni skali wei
Momod tido

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.585329 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top