CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Gaji RM900 Curang- Isteri Robohkan Rumah Lepas Cerai, Penyondol Meraung Tak Tahu Nak Tinggal Di Mana

16-8-2023 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3410| Komen: 18

Tindakan seorang lelaki yang curang terhadap isteri akhirnya makan diri sendiri.

Pengguna TikTok, Zaleha Baba menceritakan semula nasib kurang baik si isteri yang merupakan salah seorang pengikutnya.


Menerusi penceritaannya dalam video, dia berkata pengikutnya itu yang merupakan ibu kepada tiga anak berpisah dengan suami setelah 12 tahun melayari bahtera perkahwinan.

Gambar Hiasan: mStar

"Saya dapat daripada orang di TikTok, dia bercerai pada tahun 2021 selepas 12 tahun berumah tangga. Dia ada tiga orang anak dan ijazah.

"Dia mengenali suaminya daripada tiada apa-apa. Sampailah mereka kahwin masih tiada harta. Tetapi dia terima seadanya," katanya menceritakan latar belakang rumah tangga pengikutnya itu.

Walaupun begitu, katanya, si isteri sebelum ini tidak pernah mempunyai masalah dengan suaminya yang bergaji pokok RM900 sebulan.

Malah, dia menerima suaminya seadanya walaupun kehidupannya sebelum berkahwin jauh lebih senang dan mewah.

Bagaimanapun, pada usia 40 tahun, hancur hatinya apabila menemukan bukti suaminya curang dengan wanita berstatus isteri orang dan mempunyai tiga anak.

"Genap umur 40 tahun dia (suami) ada hubungan sulit (scandal) dengan isteri orang anak tiga. Jadi mereka bercerai selepas kantoi suami bergambar atas katil dengan orang lain, isteri minta cerai.

"Apabila sudah minta cerai, sebelum tu, bapa mentua isterinya pernah beli tanah tapi kesilapannya dia pergi buat rumah atas tanah tu.

"Kos rumah dibina RM90,000. Jadi selepas berlakunya penceraian, bapa mentua minta semula tanah," ceritanya lagi.

Setelah keadaan menjadi lebih tegang, isteri yang berang dengan kecurangan suaminya nekad merobohkan rumah yang telah dibina.

Malah, setelah empat bulan bekas suaminya berkahwin baharu, mula timbul rasa menyesal dalam diri lelaki itu kerana kehilangan isteri yang selama ini memberikan kemewahan dan setia terhadapnya.

"Jadi alang-alang sudah tanggung kerugian, si isteri pecahkan rumah. Jadi scandal si suami ini sudah menangis memikirkan di mana dia mahu tinggal.

"Setelah empat bulan berkahwin, suaminya menyesal apabila mengenali sikap sebenar isteri baharu.

"Selama ini lelaki ini hidup selesa walaupun bergaji RM900 kerana isteri yang tanggung sehingga mampu menggunakan kereta mewah," imbasnya lagi.

Perkongsian wanita ini meraih lebih 100,000 jumlah tontonan setelah disiarkan.

Rata-ratanya berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan yang berakhir dengan penderitaan buat suami.

"Puas hati dengar Leha bercerita. Sampai melopong aku menghayati.

"Pengakhiran cerita tu buat saya gembira. Best betul tak macam drama televisyen. Alang-alang hancurkan hati, musnahkan sekali rumah tu.

"Puas hati dengar cerita ni. Kalau tak, sakit hati je. Perempuan baik sangat," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 17-8-2023 08:46 AM
jijik miskin pun curang
Quote sharlenetexas 17-8-2023 10:04 AM
Pandai2lah korang cari rumah sewa.
Sedara iols kahwin dgn lelaki yg gaji yg lebih kecil dari dia. Bertahun2 hidup sampai dah bercucu pun. Tapi suaminya menggatal dgn janda anak ramai. Bercerailah saudara iols tu. Ex laki dia kawin dgn janda tu. Hidup sehari2 mcm jadi hamba bini tu. Sebelum ni hidup mewah, sekarang terpaksa bercucuk tanam bini paksa. Kalau tak kerja, nnt takde duit.

Quote B40tastePosh 17-8-2023 10:07 AM
Cerita rekaan, sesedap rasa Tiktoker...very Meleis.
Quote grouper 17-8-2023 10:17 AM
Pening aku cite ni...bukan ke skandalnya bini org lagi ada anak 3...nape nak sedih xde rumah nak duduk bukan ke ko ada rumah sendiri ngan laki ko tu....buat apa nak duduk ngan skandal plak...cite tiktok byk dongeng je sbb content je puiiii nak buat cite tapi mcm cite tamil
Quote pearl.silver 17-8-2023 10:43 AM
B40tastePosh replied at 17-8-2023 10:07 AM
Cerita rekaan, sesedap rasa Tiktoker...very Meleis.

Kes suami beli tanah bini buat rumah ni iols pnh dgr kes pu ke dai ke sapa tah
Dia bercerai dgn bini, bini kne keluar sehelai sepinggang
Pdhal duit buat rumah n deco lawa2 sume modal bini

Klu xsilap i kisah nya
Quote B40tastePosh 17-8-2023 11:50 AM
pearl.silver replied at 17-8-2023 10:43 AM
Kes suami beli tanah bini buat rumah ni iols pnh dgr kes pu ke dai ke sapa tah
Dia bercerai dgn bi ...

Sebab tu kena tuntut harta sepencarian.
Quote Tinot7 17-8-2023 12:18 PM
Status bini org ka janda anak 3?

Bagaimanapun, pada usia 40 tahun, hancur hatinya apabila menemukan bukti suaminya curang dengan wanita berstatus isteri orang dan mempunyai tiga anak.
Quote ally9970 17-8-2023 12:33 PM
Nak buat konten tiktok jer nih...
Quote lo_la 17-8-2023 12:42 PM
Content. Tak logicnya lahai gaji rm900 pakai keta mewah.
Quote CiliPadiSedap 17-8-2023 12:52 PM
cerita ni macam xreal

nak nampak real tambah watak friska
Quote Decaffeinated 17-8-2023 12:57 PM
"Setelah empat bulan berkahwin, suaminya menyesal apabila mengenali sikap sebenar isteri baharu.


skrip biasa untuk menipu. Next!
Quote emera 17-8-2023 03:18 PM
Nmpk naw kisah dongeng.
Quote likilu 17-8-2023 03:25 PM
B40tastePosh replied at 17-8-2023 10:07 AM
Cerita rekaan, sesedap rasa Tiktoker...very Meleis.

Yup. Mesti ada plot twist  

Level level ending movie sebenarnya tu semua mimpi je
Quote mojarean_X 17-8-2023 03:27 PM
Iols x baca smpi hbs tp bkn ke citer ni mcm deja vu kisah di Indon suatu ketika dulu
Quote pengecatbintang 17-8-2023 04:24 PM

kalo miskin tapi bodo

pon jijiks jugaks

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.045612 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top