CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muncul Buku Didakwa Dorong Anak-Anak Terpengaruh Dengan LGBT

16-8-2023 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1374| Komen: 6

Sebarang usaha mempromosi buku yang berisiko memengaruhi anak-anak dengan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seperti dipaparkan dalam video tular baru-baru ini, dipandang serius Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, jabatan itu menerima aduan berkaitan video tular oleh Cordova Media mengenai beberapa buku yang didakwa mendorong anak-anak agar terpengaruh dengan LGBT dan penelitian mendapati ia diambil di luar negara.


Gambar hiasan

"Walaupun tiada buku seperti dipaparkan dalam video tersebut di mana-mana kedai buku tempatan, namun Jakim mengambil serius terhadap sebarang usaha mempromosi buku berkenaan dalam kalangan masyarakat negara ini khususnya umat Islam.

"Kandungan buku-buku seumpama ini bukan sahaja mempromosikan budaya homoseksual di Malaysia, malah melanggar sensitiviti agama, undang-undang serta budaya negara ini,” menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.


Beliau juga berkata, Jakim sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri bagi memantau sebarang terbitan bahan bercetak yang mempromosikan budaya LGBT dan undang-undang Malaysia menetapkan kandungan buku seumpama itu melanggar Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, moral serta kepentingan awam.

Hakimah turut menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak supaya tidak membeli sebarang bahan bacaan yang mempunyai unsur negatif dan bercanggah dengan ajaran Islam. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 16-8-2023 12:22 PM
Nk larang/sekat pn tader makna.
Org pakai ebook ja lani.
Xyah susah² beli bole donlod free lak tu.
Sekertu aku pn pakai kindle.
Inikn budak².

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.044560 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top