CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Tahun Mengaji Di Luar Negara, Wanita Terpana Apabila Bekas Kekasih Lamar Ibu!

16-8-2023 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2046| Komen: 7

Persis drama televisyen! Seorang wanita terkejut apabila mengetahui bekas kekasih bakal menjadi bapa tirinya sepulangnya dia ke tanah air selepas menamatkan pengajian di luar negara.

Menurut laporan media China seperti dipetik Thaiger, hubungan wanita itu dengan kekasihnya terputus sebaik dia memutuskan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.



ThoughtCo

Selepas tiga tahun mengejar cita-cita, dia pulang ke tanah air, namun kepulangannya disambut dengan berita yang tidak dijangka.

Apabila tiba di rumah, ibu wanita berkenaan teruja mahu memperkenalkannya dengan seorang lelaki tanpa mengetahui 'sejarah' hubungan mereka sebelum ini.

Si ibu mengakui dia dan lelaki itu sudah menjalin hubungan cinta selama lima bulan.

Belum pun reda rasa terkejut melihat bekas kekasih di depan mata, wanita tersebut sekali lagi terpana apabila lelaki berkenaan melamar ibunya.


"Bagaimana saya boleh diam dan membiarkan ibu berkahwin dengan bekas kekasih saya? Saya bakal menjadi anak tiri kepada bekas teman lelaki sendiri," katanya.

Kisah wanita tersebut yang tular selepas disiarkan media tempatan, nyata mengundang perhatian warga maya.

Ada antara mereka yang menyifatkan kisah wanita tersebut seperti sebuah drama televisyen. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 30-8-2023 05:21 PM
boleh duduk serumah tak tu?
Quote dani-rox 30-8-2023 07:34 PM
boleh la panggil2 daddy - kitten

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.035543 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top