CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Macam Dalam Filem Planet Of The Apes, Monyet Hunus Pisau Ancam Haiwan Lain Di Zoo!

16-8-2023 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1580| Komen: 8

Seekor monyet jenis Tonkean atau Macaca Tonkeana mengejutkan pengunjung sebuah zoo di England apabila dilihat seolah-olah mengancam monyet lain dengan sebilah pisau.

Insiden itu berlaku di Zoo Chester, Cheshire baru-baru ini dan beberapa pengunjung menganggap ia seperti babak dalam filem Planet of the Apes.



Seekor monyet Tonkean memegang sebilah pisau yang tertinggal dalam kandang di Zoo Chester. - Foto Agensi

Lapor The Sun, pisau tersebut dipercayai tertinggal secara tidak sengaja oleh kontraktor yang ditugaskan memotong pokok dalam kandang besar di zoo popular itu.

Menerusi satu rakaman video, monyet tersebut dilihat menghempas pisau berkenaan ke dinding kaca sebelum berlegar-legar di kawasan kandang dengan pisau masih dalam genggamannya.

Insiden sekitar jam 5 petang (waktu tempatan) itu menarik perhatian berpuluh-puluh pengunjung yang berpusu-pusu untuk melihat gelagat monyet berkenaan.


"Sebaik pisau itu terlepas daripada genggaman dan jatuh ke tanah, monyet-monyet lain seolah-oleh bergaduh kerana masing-masing mahu memegangnya.

"Apa pun, ia situasi yang kami sekeluarga tidak pernah alami sebelum ini dan ia benar-benar seperti babak dari filem Planet of the Apes," kata Marc Shingler.

Dalam francais Planet of The Apes berjudul Rise of the Planet of the Apes pada 2011, monyet bijak bernama Caeser berjaya mencuri pisau daripada penjaganya sebelum menggunakannya untuk membebaskan diri dan mengetuai pemberontakan terhadap manusia.

Sementara itu, Zoo Chester yang menarik 1.8 juta pengunjung setahun berkata, insiden itu sedang disiasat dan mengesahkan tiada haiwan atau pekerja cedera dalam insiden tersebut.

Spesies monyet Tonkean di zoo berkenaan berasal dari Sulawesi, Indonesia dan disenaraikan sebagai terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN). 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 16-8-2023 12:04 PM
belajar dari pengunjung?? dulu ada artikel dedahkan haiwan dalam famili apes nie didapati BJ pasangan jantan. rupanya apes nie pernah tgk pengunjung yg buat dalam zoo.
Quote zarulnazmi 16-8-2023 12:12 PM
monkey see, monkey do
Quote supernaturalee 16-8-2023 01:27 PM
monkeybone


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.066443 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top