CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tauke Perabot Nak Jimat, Sumbat 120 Pekerja Dalam Gudang Diubahsuai Dengan Papan Nipis

16-8-2023 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1459| Komen: 7

Pemilik sebuah syarikat perabot kantoi menyumbat 120 pekerja warga asing di sebuah gudang yang diubah suai menjadi dua tingkat menggunakan papan nipis.

Tindakannya itu terbongkar selepas Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri menjalankan serbuan, petang semalam.



JOHANA (tengah) memeriksa keadaan bilik mandi pekerja yang disediakan oleh pihak majikan di sebuah gudang di Bukit Rambai, Melaka. - foto SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

Dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu, pemeriksaan penguat kuasa mendapati lantai tingkat atas bangunan tersebut hanya dialaskan dengan papan nipis, manakala persekitaran termasuk bilik mandi berada dalam keadaan menjijikkan.

Pengarah JTK negeri, Johana Bakar berkata, syarikat itu sebelum ini telahpun dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM20,000 pada tiga tahun lalu atas kesalahan sama di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).


“Syarikat ini memang telah diberikan kelulusan pelan pembinaan asrama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menempatkan 80 orang pekerja warga Bangladesh.

“Bagaimanapun sejak 2020 majikan mengambil jalan mudah mengubah suai bangunan dengan membuat tingkat atas menggunakan papan nipis untuk memuatkan 120 pekerja mereka,” katanya kepada pemberita selepas melakukan operasi di gudang di Bukit Rambai, di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata, wakil syarikat memberikan alasan asrama papan itu hanyalah penempatan sementara sehingga bangunan sebenar siap dibina mengikut pelan diluluskan, selain berdepan isu kewangan bagi menempatkan baki 40 pekerja ke Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ).

“Kita faham pembinaan asrama ini mengambil masa dua hingga tiga tahun, namun sepatutnya pekerja ini tidak boleh ditempatkan di kawasan yang sedang dibina dan berisiko, di dalam itu pendawaiannya berselirat.

“Hari ini kita telah mengeluarkan empat kompaun keseluruhan berjumlah RM65,000 di bawah akta sama dan perbincangan bersama PBT akan dibuat dalam masa terdekat sama ada pekerja ini akan dipindahkan CLQ terdekat, isu kewangan pula adalah tanggungjawab mereka” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 30-8-2023 05:20 PM
bukan jimat tapi kedekutttt
Quote Skuau 30-8-2023 05:38 PM
Edited by Skuau at 30-8-2023 05:51 PM

mohon majikan pecat semua bangla tu...amik lg yg 'baru'...mohon bantuan kjaan..bgtau rakyat tempatan pemalas...ulang2 sampai 40 juta bangla kt Msia...+ 30 juta lebih rakyat Msia...TERcapai la 70 juta TU.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051098 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top