PETALING JAYA – Seorang wanita tak puas hati dengan peniaga yang tidak mahu memulangkan baki 5 sen tanpa sebarang penjelasan. Di Facebook, wanita tersebut mengakui sering menjadi mangsa penipuan juruwang yang sengaja tidak memulangkan baki 5 sen.
“Apabila ditanya, mana baki saya lagi 5 sen, juruwang buat endah tidak endah sahaja. Minta maaf pun tidak. Hanya tersengih-sengih. “Katanya, kedai tidak ada 5 sen, jadi dia (juruwang) tidak dapat pulangkan baki,” katanya lagi. Berasa tertipu, wanita tersebut terus memaksa dengan harapan juruwang tersebut akan memulangkan baki yang sepatutnya. “Bagaimanapun, dia (juruwang) tersebut langsung tidak mahu bekerjasama dan menganggap tindakan tersebut merupakan perkara biasa. “Dia (juruwang) juga kata, kadangkala ada pembeli yang bayar lebih dan tidak pernah meminta baki,” katanya dalam hantaran sama.
Tambahnya, tindakan tidak bertanggungjawab tersebut membolehkan pihak peniaga untung ‘atas angin’ walaupun jumlahnya tidaklah sebesar mana. “Cuba bayangkan, dalam seminggu berapa ramai yang menjadi mangsa penipuan sama. “Kedai yang saya pergi itu ada banyak cawangan di seluruh Malaysia. Berapa banyak untungnya,” katanya. Bagaimanapun, selepas beberapa minit bergaduh dengan juruwang, wanita tersebut akhirnya mendapat wang baki 5 sen setelah pengurus masuk campur. “Sebenarnya ada je 5 sen, tapi sengaja tidak mahu bagi,” ujarnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
kakikuDibibirmu replied at 16-8-2023 11:38 AM
Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww
mamajawie replied at 16-8-2023 11:48 AM
nama sedap kak npe nk jadi wanita?
Firenzza replied at 16-8-2023 11:39 AM
Apa kedai yg byk cawangan tu? 7e ke
pekanwoohoo replied at 16-8-2023 04:07 AM
Biasa kedai macam rm2.40 atau encik buat sendiri tu lah kot.
pekanwoohoo replied at 16-8-2023 12:07 PM
Biasa kedai macam rm2.40 atau encik buat sendiri tu lah kot.
kakikuDibibirmu replied at 16-8-2023 11:38 AM
Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww
Themilo replied at 16-8-2023 11:35 AM
tu sebabnya zaman cashless sekarang ni, sila guna handphone untuk bayar secara e-wallet ataupun swip ...
ifanonline replied at 16-8-2023 08:07 AM
niat sedekah je la 5 sen tu..knp berkira sangat?
ADVERTISEMENT