Aktivis sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah melahirkan rasa sedih di atas pemergian adiknya yang meninggal dunia akibat serangan jantung tengah malam kelmarin. Ahmad Kulup Abdullah, 64, menghembus nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh jam 12.35 malam.
Katanya, dia bergegas ke Ipoh dari Kuala Lumpur pada pukul 2.30 pagi sebaik sahaja menerima perkhabaran tersebut. Dia yang merupakan anak sulung daripada empat beradik menziarahi jenazah adiknya itu dan keluarga di Bandar Baru Putra di Bercham, menyifatkan Allahyarham seorang yang aktif melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat setempat. “Dia suka menolong orang dalam pelbagai aktiviti masyarakat setempat. “Beliau disegani dan dihormati dalam kalangan penduduk kawasan perumahan. Saya dengan arwah dan adik beradik yang lain sangat akrab,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Pekerjaaan terakhir Ahmad ialah sebagai pegawai dalam syarikat kawalan keselamatan. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Bakar Bata, Tanjung Rambutan di sini pada pukul 11 pagi semalam. Sumber: UTUSAN |
ADVERTISEMENT