CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harapan Dihajati Dicapati, Dengan Murid-murid Sekolah Pun Nak Scam Juga Ke?

16-8-2023 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5422| Komen: 55

Seorang guru menerusi hantaran di Facebook mendedahkan luahan seorang penjaga muridnya yang kecewa apabila harapan 'dicapati'.

Difahamkan, murid-murid sebuah sekolah yang menyertai program anjuran sebuah jabatan pendidikan negeri kecewa apabila diberikan kotak yang disangka mengandungi ayam goreng McDonalds, sebaliknya berisi roti krim berserta air kotak.


Menurut Abdul Muiez Mohammad Ruslee, dia dihubungi seorang penjaga berkata, terus berubah muka murid-murid apabila harapan mereka ‘dicapati’.


FB

Guru tersebut turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama penjaga berkenaan mengenai situasi yang berlaku.

“Tak dapat bayangkan jika ada salah seorang daripada kanak-kanak itu yang berharap itu adalah McD sebenar. Harap penganjur lebih prihatin, terima kasih.

“Dia (anak) cerita ada seorang budak tu tadi, berubah betul muka bila buka kotak tu, yang sebelum ini dia nampak amat gembira. Jangan bagi harapan palsu kepada kanak-kanak.


“Harap penganjur ambil iktibar. Sebak Paksu bila anak cerita pasal kawan dia tadi,” kata penjaga itu berdasarkan mesej WhatsApp dihantar kepada Abdul Muiez.


Add Image Caption Here


Perkongsian tersebut mendapat maklum balas pelbagai daripada orang ramai, malah guru itu juga menghantar mesej kepada mereka yang berkenaan.

“Saya dah mesej PIC seperti yang ada dalam surat jabatan. Tapi hanya ‘bluetick’,” kata Abdul Muiez.

Sementara itu, pengguna media sosial menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan mereka telah memberi harapan palsu kepada murid-murid tersebut.





SUmber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 16-8-2023 10:44 AM
ni bergurau ke menganjing ke apa eh??
sgt xkelakar
Quote NazRysha 16-8-2023 10:51 AM
Allahu
MANA DEPA DAPAT KOTAK BANYAK2 UNTUK SCAM BUDAK2 NI
Kesian budak2 ni
Quote laksmanabentan 16-8-2023 10:53 AM
takde video yang sama ker?? ntah2 dia org tukar jer nih....
Quote BoongaKertas 16-8-2023 11:02 AM
keji giler perangai mcm ni. kesiannya budak2 innocent tu...
Quote asudau 16-8-2023 11:02 AM
memang keji...
takut dapat bajet untuk mcd, tapi ditukar ngan roti..
Quote Belibis 16-8-2023 11:06 AM
Kalau kejadian benar...mungkin bajet mekdi kena sakau..bayar rega kotak jer kat budak mekdi.
Quote namieamuro 16-8-2023 11:06 AM
keji nye pangai. ni bkn kate murid je. org besa pn bole kecewa jugak. kotak mcd tp isi roti. mane pulak dpt kotak mcd byk2 tu? bkn x bole isi roti dgn air kotak tu gune plastik/kotak lawa2. kedai 2ringgit pn belambak.

dh viral gini pasni dtg ayam mcd btl.
Quote pocongkiutss 16-8-2023 11:08 AM
Jahatnya..kalau letak dlm kotak lain tu xpe juga
Quote apech 16-8-2023 11:08 AM
yg aku fikir, kotak mcd tu terlebih banyak. Jadi nak jimat kos, guna je apa yg ada. Drpd buang
Quote apech 16-8-2023 11:11 AM
entah la, rapuh sgt budak2 ni... benda ini pun dah blh bg impak emosi yg besar. aku yg kolot kot
Quote kawaiichicken 16-8-2023 11:14 AM
namieamuro replied at 16-8-2023 11:06 AM
keji nye pangai. ni bkn kate murid je. org besa pn bole kecewa jugak. kotak mcd tp isi roti. mane pu ...

alah klu orang besa yg kena... katanya xbersyukur..dapat free
Quote Cyempaka 16-8-2023 11:20 AM
Smp hati. Berani aniaya budak2.. makbul doa depa oo
Yang buat ni pasti dpt kecewa 2kali ganda drpd kekecewaan budak2 ni
Quote namieamuro 16-8-2023 11:21 AM
kawaiichicken replied at 16-8-2023 11:14 AM
alah klu orang besa yg kena... katanya xbersyukur..dapat free

ibarat bukak peti ais. nampak bekas aiskrim. sekali bukak, isi dalam ikan rupenye

org besa pn ade hati dan perasaan okeh
Quote SedihPedih 16-8-2023 11:23 AM
serious x baik la gini. Kalau pun xde kotak, letak aja dlm plastik.
Quote mrseller 16-8-2023 11:25 AM
Sape buat gini mak ko babi
Quote bambimo 16-8-2023 11:27 AM
Aku Rasa Kos Kotak tu lg tunggi dr isi dia
Quote Firenzza 16-8-2023 11:30 AM
Biasanya kalau bagi brg free mcm ni diorg akan cop nama penderma mcm yg sllu umngok buat
Quote tri-max 16-8-2023 11:47 AM
sinonim gak dgn bukak tin biskut danish butter
sekali penuh dgn jarum benang peniti bagai
hahahha
Quote mamajawie 16-8-2023 11:57 AM
namieamuro replied at 16-8-2023 11:21 AM
ibarat bukak peti ais. nampak bekas aiskrim. sekali bukak, isi dalam ikan rupenye

org besa pn ade ...

Ya Allah betul sangat2..pastu bukak tin biskut butter rupanya tempat mak letak brooch, benang n jarum dia..sedeyhhhh

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.069316 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top