Sebuah spa terkenal baru-baru ini menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak dengan promosi yang dilakukannya. Mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp itu kemudiannya tular di Twitter, mengundang pelbagai rekasi ramai kerana didakwa menggunakan kes seorang kanak-kanak 7 tahun didera oleh ibu kandung dan kekasih tomboi sebagai bahan promosi.
Spa tersebut mengaitkan kejadian berlaku berpunca daripada masalah tekanan dan bebanan yang dihadapi orang dewasa. Jadi bagi membendung masalah tersebut daripada melarat, spa ini menyarankan agar pelanggan datang mengurut dengan mereka untuk menghilangkan stress sekaligus mengelakkan peningkatan kes penderaan. Dalam paparan skrin itu juga, individu tersebut ada memberi teguran supaya tidak menggunakan isu sensitif berkenaan sebagai bahan promosi namun tidak dijawab. Di ruangan komen, rata-rata netizen cukup bengang dengan cara spa tersebut membuat promosi kepada pelanggan bahkan ada juga yang kongsikan pengalaman buruk yang pernah mereka alami di premis tersebut. -CARI
|
NazRysha: apa nama spa jahanam ni?
ADVERTISEMENT