CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Ahad Lalu, Rupanya Tertiarap Bersama Motosikal Dalam Longkang

16-8-2023 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3011| Komen: 20

Polis menerima maklumat ang awam mengenai penemuan mayat lelaki bersama motosikal dalam longkang di tepi Jalan Pajam-Nilai-Salak berdekatan Taman Semarak, Nilai, petang semalam.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat berkenaan pada pukul 2.13 petang.



MAYAT seorang lelaki ditemui bersama motosikal dalam longkang di tepi Jalan Pajam-Nilai-Salak berdekatan Taman Semarak, Nilai di sini petang semalam.

“Maklumat kejadian telah dijadikan sebagai laporan polis untuk memulakan siasatan.

“Siasatan awal mendapati mayat adalah seorang lelaki berumur 27 tahun dalam keadaan tertiarap di dalam longkang bersama sebuah motosikal jenis Yamaha SRE-K di mana mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya semalam.

Abdul Malik berkata, semakan lanjut mendapati terdapat dua laporan polis diterima berkaitan kes penemuan mayat tersebut.


“Pada 13 Ogos lalu (Ahad), satu laporan polis berkaitan oang hilang telah dibuat oleh isteri mangsa dan satu lagi laporan polis oleh pemilik motosikal yang merupakan majikan kepada mangsa sama.

“Siasatan pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan mendapati tiada sebarang penemuan unsur-unsur jenayah berkaitan penemuan mayat setakat ini,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah beliau, sebarang maklumat orang awam boleh salurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904389 (Pusat Kawalan Daerah Nilai) atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu IPD Nilai, Inspektor Zarina Ariffin di talian 013-8238336. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 16-8-2023 10:21 AM
Allah kesiannyaa..
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Quote Tinot7 16-8-2023 10:23 AM
Takziah kpd keluarga
Quote NazRysha 16-8-2023 10:26 AM
Allahu Akbar. Kesiannnya.
Quote Ayda89 16-8-2023 10:29 AM
Kesian nya……. [em:9:]
Quote ctaz 16-8-2023 10:34 AM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Quote midori888 16-8-2023 10:36 AM
ya Allah...kesiannyer....


pnh terjadi kat our staff few years ago, dia patut report duty, tapi tak muncul2...sib baik supervisor dia prihatin, call sana sini tanya, kwn2, family..diorg pun taktau2, family ingat dia dah pergi kerja...esoknyer polis dtg rumah minta pergi tgk mayat...meninggal accident moto..
Quote BoongaKertas 16-8-2023 10:44 AM
Allahu, moga asbab dia dpt masuk ke syurga sbb iols rasa dia mcm tgh bekerja (sbb motor majikan)
Quote twins 16-8-2023 12:07 PM
Allahu kesiannya.... dah beberapa kes dah mcm ni... family ingat hilang ke mana rupanya dah meninggal accident... semoga keluarga arwah tabah hadapi dugaan... salam takziah
Quote supernaturalee 16-8-2023 01:29 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ


btw tu posisi mengiring rite

Quote nw111 16-8-2023 02:00 PM
Byk betul kes gini lately..
Quote Simunggu 16-8-2023 02:36 PM
kena bunuh & buang masuk longkang...takkan semua masuk sekali kalau accident kan?
Quote noor2 16-8-2023 02:39 PM
Innalillah...4 hari baru dijumpai
Quote kakikuDibibirmu 16-8-2023 02:54 PM
Nismilan Darul Tertiarap
Quote Bedah.Cun 16-8-2023 03:25 PM
Sakit tengah jalan agaknya. Sian
Quote lia98 16-8-2023 11:11 PM
Lelaki India…isteri tengah sarat mengandung anak kedua. Katanya accident lepas balik kerja. Jalan situ memang byk lubang bertampal2

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.101990 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top