CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Tak Reda Suami Utamakan Ibu, Bagi Hampir Semua Duit Gaji "Saya Cuma Dapat RM100 Sebuan, Anak Ada 5"

16-8-2023 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2986| Komen: 16

Seorang isteri bengang gara-gara suaminya seakan-akan membelakangkan keluarga sendiri apabila bertindak menyerahkan hampir kesemua gaji bulanan kepada ibu mentuanya.

"Wajib ke suami bagi duit dekat mak dia. Kami ada lima orang anak, gaji RM1,500 tambah RM200 komisyen. Saya berniaga di pasar ikan, ayam segar. Keuntungan tu saya kena bahagi dengan suami.


"Sebab suami bagi mak dia, rasa penat sangat. Ada ke ustaz boleh bagi ceramah sikit. Gaji lebih daripada cukup tapi rasa tak cukup. Sebab duit-duit kena bagi mak dan nenek dia. Serius saya tak reda. Saya penat sangat," luahnya.

Gambar Hiasan

Tambah wanita tersebut, setiap bulan si suami hanya akan memberikannya wang sebanyak RM100 untuk keperluan diri.

Disebabkan itu, dia terpaksa menyimpan keinginan untuk membeli barangan atau perhiasan sebagaimana wanita-wanita lain.

"Saya juga teringin nak beli sesuatu. Saya tak ada emas, tak pernah merasa emas-emas sebab tak mampu.


"Nak minta duit pun rasa susah. Sebab dia bagi duit dekat mak dia. Ke saya salah? Ke saya kena ikhlaskan?" luahnya lagi.

Luahan tersebut dikmuat naik di grup Kisah Rumah Tangga (KRT) yang kemudian dikongsikan di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, sehingga meraih 415 shares.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan memberikan pelbagai cadangan untuk mengatasi masalahnya.

"Sabar sis.... cuba slow talk dengan suami. Cerita dari hati ke hati. Moga urusan dipermudahkan.

"Keutamaan suami ialah kepada isteri dan anak anak, lepastu baru kepada ibu bapa. Ini suami ** nama nya, guna duit isteri tanpa keredaan isteri

"Duit isteri, duit isteri. Duit suami, duit isteri. Tak baik suami ambil duit isteri. Bertabahlah, ataupun duduk berbincang.

"Kepada jantan-jantan di luar sana, sebelum kahwin pastikan belajar sampai habis dulu bab nafkah ni," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 16-8-2023 09:54 AM
Edited by Binodino at 16-8-2023 09:55 AM

Suami tu kena belajar bab hukum. Jangan sesuka hati guna ayat 'redho Allah bergantung kepada redho suami, redho Allah bergantung kepada redho ibubapa'. Tu bab redho. Jangan campuraduk dengan bab tanggungjawab. Kalau makayah kau benci & tak redho kat kau sekalipun, kau tetap wajib buat baik kepada makayah kau. Kalau kau nak nafkahi makayah kau sampai nafkah anak bini kau terabai, baik kau membujang je. Buat apa kau berkahwin kalau sekadar nak melampias nafsu kau tu je? Buat apa kau berkahwin kalau kau sibuk nak nafkahi orangtua kau tapi bab nafkah & perbelanjaan keluarga kau pass mentah2 kat bini kau walaupun gaji bini kau bertaraf CEO megah holdings sekalipun? Bini kau kaya, harta tak habis 7 keturunan sekalipun kau wajib menafkahi dia semampu kau. Ini tidak. Bab nafkah zahir banyak kau punya cengkadak, tak mampu bagai. Bab nafkah batin kau mampu pulak beli viagra, vakum nak bagi panjang besar keras padat bagai. Jijik

Quote Thunderclouds 16-8-2023 10:05 AM
Edited by Thunderclouds at 16-8-2023 10:06 AM

Meluat betol hari² bukak tered krt kt bod CI.

Quote ninja boy 16-8-2023 10:27 AM
Jgn kerja tempat sama nnt keuntungan kena bahagi, pergilah kerja lain yg suami x tau kau gaji berapa
Quote Tinot7 16-8-2023 10:32 AM
Satt.. nafkah utk anak2 sapa tanggung? Gaji rm1,500 semua bg kat mak ka apa? Rm100 tu bg kat bini utk mekap2 ka apa?
Quote asudau 16-8-2023 11:06 AM
ada gak hati perut laki ko dik, gaji RM1500 bagi nafkah untuk ko RM100..

Quote kucingitam 16-8-2023 11:54 AM
nafkah mak tu atas tanggungjawab bapak dia la, kalau pak dia ada lagi...nak bagi as saguhati tu boleh tapi melampau la semua bagi sampai anak bini tak cukup..
Quote twins 16-8-2023 11:57 AM
Tinot7 replied at 16-8-2023 10:32 AM
Satt.. nafkah utk anak2 sapa tanggung? Gaji rm1,500 semua bg kat mak ka apa? Rm100 tu bg kat bini ut ...

sah la bini dia yg tanggung.  dahkan bg bini 100 sebulan ja... byr bill letrik air habis dah settle 100 tu... anak2 makan pasir la kalau ikut cara bapak dorang tuuu.... anak dah berderet pun msh tak tau tanggungjawab sbg suami/bapak.... ni la masalah bila dpt isteri yg berpendapatan sendiri & berdikari..jantan2 durjana ni bnyk ambik kesempatan.....
Quote brego 16-8-2023 02:25 PM
nape nak salahkan si suami?

ostad2 yang suruh lebih kan mak apa2 hal

yang mak2 pulak bila dengar ceramah ostad ni semua
mula la feeling entitle and demand macam2
bikin drama sampai anak rasa guilty

pegi la hamun ostad sana
Quote Ayda89 16-8-2023 03:37 PM
Masak dapat suami begini. Nasib ko la labu…
Quote pearl.silver 16-8-2023 03:46 PM
Aku geram dgn sesetengah lelaki ni
Ko tau pendapatan ciput. Hujung bulan sengkek smpi kne meminjam
Ko xreti2 ke wat side income??
Quote Tinot7 16-8-2023 05:44 PM
twins replied at 16-8-2023 11:57 AM
sah la bini dia yg tanggung.  dahkan bg bini 100 sebulan ja... byr bill letrik air habis dah settl ...

Dgn anak 5 orang dia survive dgn total rm1600, termasuk tampung suami sekali. Dia taktau ka berapa gaji suami? Dah tau dari dulu  mcm ni, awat tak angkat kaki awai2 tu?
Quote rosedemon 17-8-2023 08:42 AM
yg suruh cerai ni ampa ingt senang ka nak cerai lecehhh wooo
Quote Suchi 17-8-2023 08:45 AM
1500? Biar betul mkn pasir ke kamu hari?
1500 bujang pun seksa ni kan plak anak 5.

Katanya kalau mak tu ibu tunggal takde pendapatan dan  org tanggung anak kenala tanggung.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.421944 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top