CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Nak Anak Sedih- Bapa Tunggal Pakai Gaun Wanita Dan Rambut Palsu, Rai Hari Ibu Sama-Sama Di Sekolah

15-8-2023 07:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7599| Komen: 18

BANGKOK –  Seorang bapa tunggal di Thailand berpakaian seperti wanita  untuk meraikan Hari Ibu bersama anak angkatnya di sekolah.

Mothership melaporkan Hari Ibu di Thailand disambut pada 12 Ogos setiap tahun untuk  memperingati jasa dan pengorbanan seorang ibu. Ia juga menjadi hari memperingati ulang tahun kelahiran mendiang Permaisuri Sirikit.


Bagi meraikan hari tersebut, Sekolah Ban Noen Kroi mengadakan acara khas dengan para ibu dijemput hadir ke sekolah.

Foto: Tiktok

Bagi seorang pelajar kelas tiga bernama Cream yang dibesarkan oleh bapa tunggal, dia tidak perlu bimbang kerana kerusi untuk ibunya diisi oleh bapa angkatnya, Joe Lookphonbodee.

Enggan membiarkan anak angkatnya bersedih, Joe memakai rambut palsu dan gaun semasa  menghadiri acara tersebut.

Lelaki berusia 48 tahun yang juga guru di sekolah sama berkata, Cream sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.


“Apabila sekolah menganjurkan aktiviti Hari Ibu, saya tidak mahu anak saya berasa serba kekurangan. Sejujurnya, saya tidak berasa malu (berpakaian seperti wanita) kerana saya amat menyayangi anak saya,” katanya.

Joe memuat naik gambar dia dan Cream di laman TikTok beserta keterangan bertulis: “Ibu, saya juga boleh menjadi (ibu) untuk anda.”

Dalam video tersebut, Cream memberikan penghormatan kepada Joe di samping rakan-rakan sekelasnya bersama ibu masing-masing, sebelum memeluk bapa angkatnya itu.

Menurut Cream, dia juga tidak berasa malu dengan tindakan bapanya itu, sebaliknya berpendapat lelaki tersebut amat comel.

“Terima kasih bapa, kerana membesarkan saya dan menggembirakan saya. Saya tidak pernah sekali pun berasa kekurangan dalam hidup ini,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 15-8-2023 07:45 PM
Mcm afdlin shauki.

Quote jejaka_hensem 15-8-2023 08:03 PM
Nmpk ala2 michael ang pun ye jugak ni
Quote cap_ayam 15-8-2023 09:21 PM
Muka sama
Quote renko 15-8-2023 09:47 PM
jejaka_hensem replied at 15-8-2023 08:03 PM
Nmpk ala2 michael ang pun ye jugak ni


Meroyan apek bapuk tu kang lau baca
Hahaahah
Quote mojarean_X 15-8-2023 11:41 PM
Ya Allah iols menangis tgk berita ni. Indahnya sebuah kasih sayang yg tulus walaupun bkn darah daging
Quote B40tastePosh 15-8-2023 11:53 PM
Ruin everything sebab jadi Hari Bapok
Quote doubleA 16-8-2023 12:38 AM
Bagus bapak angkatnya tu
Quote MarryPottet 16-8-2023 12:52 AM
Kot ya pon pakailah rambut pelesu yg stylo sket
Acik ambek mana rambut pelesu tu acik?
Kait rambut antu penanggal yg tersangkut kat pokok ke acik?
Quote jejaka_hensem 16-8-2023 05:27 AM
renko replied at 15-8-2023 09:47 PM
Meroyan apek bapuk tu kang lau baca
Hahaahah

Tapi suka dgr dia membebel,lagi sorang diva aa
Quote rosedemon 16-8-2023 08:41 AM
sukati engkola melayu jgjn gatei nk buat harommm
Quote sangbara2020 16-8-2023 09:28 AM
aku baca nama bapa angkat dia mcm joe lakopondanke...
Quote Tinot7 16-8-2023 09:59 AM
Cho cuwit bapa angkat dia
Quote Radzor 16-8-2023 10:14 AM
bertambah sedih anak nye
Quote cikatilia 16-8-2023 11:07 AM
mcm badrul bisu lah
Quote TomyamPuteh 16-8-2023 12:57 PM
Anak dia cantik

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.064837 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top