CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kakak Tembak Adik Jalin Hubungan Sulit Dengan Suaminya

15-8-2023 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1337| Komen: 5

Seorang kakak menembak adiknya selepas mengesyaki wanita itu menjalinkan hubungan sulit bersama suaminya.

Hindustan Times melaporkan, kejadian berlaku pada 9 Ogos lalu di kawasan perumahan Shastri Park, New Delhi, India.


Menurut kenyataan polis, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada petang hari kejadian, selepas menerima panggilan daripada hospital berhubung kemasukan seorang wanita yang cedera kerana terkena tembakan.

Hasil siasatan yang dijalankan, mangsa yang dikenali sebagai Sumaila Begum, 20, pada mulanya bertengkar dengan kakaknya, Sonu, 30, ekoran isu berkenaan.


Gambar Hiasan

Sonu mendakwa adik dan suaminya sudah lebih setahun menjalinkan hubungan sulit dan pernah meminta mereka memutuskan hubungan, namun tidak diendahkan.

"Marah dengan adiknya, Sonu mengeluarkan pistol dan menembak Sumaila. Peluru itu mengenai dinding tetapi kemudian memantul dan mengenai pipi Sumaila sehingga berlaku pendarahan yang banyak," demikian kenyataan pegawai polis.


Sumaila kemudian dikejarkan ke hospital Jag Pravesh Chandra oleh seorang lagi kakaknya yang tinggal berdekatan.

Sonu ditangkap pada keesokan harinya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan India berkaitan Akta Senjata kerana percubaan membunuh. -CARI

Sumber: Hindustantimes

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-8-2023 08:40 AM
sukati ko la. laki msti bangga jadi rebutan
Quote B40tastePosh 7-9-2024 03:10 PM
Dia tembak dinding je pun, membunuh tanpa niat la.

Selebihnya kuasa Allah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.949718 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top