CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja syarikat logistik maut terseret di lebuh raya

15-8-2023 04:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1052| Komen: 0

Alor Gajah: Seorang pekerja syarikat logistik maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas sendiri lalu terseret di Kilometer 201.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 itu, mangsa Abdul Wahi Azim Abdul Razak, 25, meninggal dunia di lokasi.



Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dalam perjalanan dari arah Umbai menuju ke Sepang, Selangor.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dia tunggang hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kecemasan.

“Mangsa telah tercampak dan terseret sejauh lima meter ke longkang besi pembahagi jalan,”katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Ujarnya, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan dalaman dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.


“Hasil siasatan awal di lokasi menemui kesan calar di lorong kecemasan, manakala tayar hadapan motosikal turut bocor serta tempat duduk sebelah kiri juga calar.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047254 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top