Bekas isteriAziz M. Osman, Puteri Lily Lokman akhirnya membuka mulut berhubung isu perceraian mereka. Puteri Lily berkata, keputusan untuk berpisah adalah jalan terbaik yang diambil oleh dia dan Aziz.
Akuinya mereka berdua menjadi lebih tenang selepas disahkan bercerai. "Bila tiada sefahaman, lebih baik perpisah secara baik. Mungkin kami berdua gagal sebagai pasangan hidup, namun sebagai kawan insya-Allah kami baik. "Tiada orang yang inginkan perceraian, kalau berlaku perceraian itu akan menjadi fasa terendah dalam hidup mereka. "Ini (cerai) adalah keputusan terbaik untuk anak-anak juga, kalau ibu bapa ada konflik itu tidak bagus untuk anak-anak. "Apabila kami berdua sudah bercerai, alhamdulillah kami rasa tenang. Anak pun okay. Anak-anak juga dilihat sangat berlapang dada menerima keputusan ini,"katanya menerusi temu bual Melodi.
Puteri Lily yang juga seorang penerbit berkata, dia sudah pun berusaha yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 13 tahun lalu. "Bila hidup ini rasa I’m done dan sudah berusaha buat yang terbaik, rasa sudah sampai limit, dah tak nampak jalan untuk selesaikan lagi. "Saya sudah bersedia dari suduh mental dan fizikal barulah kami teruskan untuk bercerai. Selebihnya tidak boleh dikongsikan kepada umum apa sebab terperinci. "Dugaan ini sebenarnya mematangkan saya, semua orang mahu pertahankan rumah tangga mereka, dah cuba sehabis mungkin. Tapi bila ada pula topik lain, saya rasa sudah, cukup! "Tempoh 13 tahun sebenarnya agak lama untuk kami bertahan, ia bukan mudah juga sebenarnya. Alhamdulillah, Allah permudahkan sampai di sini.
|
ADVERTISEMENT