Wartawan Sinar Harian mendakwa seorang doktor di sebuah klinik swasta berlagak dengan gelaran dibawanya sehingga memarahi pesakit kerana memanggilnya dengan gelaran 'kak'. Ceritanya, dia ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami keracunan makanan.
Dia kemudian diarah ke bilik rawatan untuk proses memasukkan air yang mengambil masa kira-kira 30 minit. Sepanjang 30 minit itu, dia melihat doktor berkenaan memanggil beberapa pesakit lain untuk didiagnosis dan dirawat. "Salah seorang pesakit itu telah memanggil doktor yang merawat dengan gelaran ‘kak’ ketika memberitahu sakit yang dialaminya. "Yang mengejutkan adalah respons diberi doktor berkenaan terhadap panggilan ‘kak’ tersebut. "Doktor ini dalam nada yang agak keras berkata: 'Bukan kak...doktor. Kita bukan berada di pasar malam'," katanya.
Tambahnya, walaupun tidak dapat melihat reaksi muka pesakit itu, tapi tentunya dia menahan malu dimarahi seumpama itu. Tidak pasti sebab pesakit itu memanggil ‘kak’, mungkin dia mahu lebih mesra atau mungkin juga dia jarang berdepan dengan doktor sehingga menyebabkan tersasul dengan panggilan berkenaan. "Namun besar sangatkah gelaran doktor sehingga tergamak memarahi pesakit hanya kerana tidak dipanggil doktor. Adakah gelaran dunia doktor ini lebih penting daripada mengecilkan hati insan lain yang merupakan satu dosa. Bukan boleh bawa mati pun!" ujarnya. - CARI |
Thunderclouds replied at 15-8-2023 11:12 AM
Misi pon idok le aku panggey kak.
Ini kn dukturrr..
Depa pon x address kita kak.
nw111 replied at 15-8-2023 11:26 AM
Kalau panggil adik org tak marah punya...cuba lah..
Ni ko muka tua, sebok nk panggil org kak..ramai ...
lasagnaklcc replied at 15-8-2023 03:25 AM
Ada doctor india kat hosp serdang cakap guna aku-kau je dgn ayah I. Maybe direct translation i-you. ...
Lagubestbest replied at 15-8-2023 03:21 AM
kalau pegawai kesihatan lelaki bukan doktor pakai baju putih tu kita panggil ape? bukan doktor buk ...
Decaffeinated replied at 15-8-2023 11:31 AM
Aku suka formaliti kalau berurusan rasmi ni. Masing2 auto jadi profesional. Mengada2 lah panggil dok ...
ADVERTISEMENT