CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Buktikan Kesetiaan- Sanggup Kahwin Dengan Kekasih Banduan, Nikah Dipenjara

15-8-2023 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1766| Komen: 10

JAKARTA – Seorang wanita di wilayah Jambi, Indonesia membuktikan kesetiaan cintanya dengan mengahwini kekasihnya walaupun lelaki itu sedang dihukum penjara.

Wolipop melaporkan, berdasarkan klip video tular di media sosial yang dikongsikan seorang pegawai perhubungan awam Polis Jambi, pasangan pengantin itu pada awalnya dilihat menuju ke masjid untuk melangsungkan pernikahan pada 4 Ogos lalu.


Mereka turut ditemani ibu bapa masing-masing dengan ibu pengantin lelaki dilihat tidak berhenti mengalirkan air mata.

Foto: IG

“Saya rasa terharu kerana pertama kali melihat pernikahan berlangsung di penjara. Tiada seorang pun ibu bapa yang mahu melihat anaknya berkahwin di sebalik jeriji besi,” kata pegawai bernama Eko Putra itu.

Sementara itu, pengantin perempuan yang mengenakan persalinan pengantin mengikut adat Sunda pula dilihat begitu anggun dan tenang.


“Tidak ada seorang wanita pun yang berfikir bahawa hari bersejarahnya akan berlangsung di tempat yang tidak diingini. Namun, mereka perlu melakukan apa yang ditakdirkan untuk hidup mereka,” kata Eko Putra.

Selepas pasangan tersebut sudah sah menjadi suami isteri, wajah mereka terpancar kegembiraan dan kelegaan. 

“Mereka berhak bahagia. Semoga ujian ini dapat menjadikan hidup anda berdua lebih baik pada masa hadapan. Sangat terharu melihat perjuangan mereka dan terima kasih kepada Polis Jambi kerana memberi peluang kepada pasangan ini (untuk berkahwin),” tambahnya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Kepada yang sering berkata bahawa tidak ada perempuan yang mahu menemani lelaki di saat susah, ini buktinya,” kata seorang pengguna.

“Wanita ini sangat hebat kerana masih mahu menerima si lelaki yang menjalani hukuman penjara 15 tahun. Ia satu tempoh yang sangat lama,” kata netizen lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 15-8-2023 11:40 AM
Itu bukan kesetiaan tapi kebodohan  [em:12:]
Quote rosedemon 16-8-2023 08:33 AM
bodoh yg sangat pekat dan asli
Quote batmana 16-8-2023 09:10 AM
Kene tgk kes
Kalu kes laki ni pertahankan pmpn tu dri dirogol bunuh ke apa smpai dia Kene jail..yg tu oklah pada aku
Tapi kalau kes dia ni mmg penagih, perompak,ke pembunuh ka..yg ni mmg tk ptutla
Quote cicicumel 15-9-2024 06:22 AM
15 thn?klu 5 bulan lojik laa..bodohnye lah..ke jantan ni kaya?
Quote Purestteam1 15-9-2024 09:24 AM
mcm kes besar penjara 15 tahun... apa2 pun tak bijak pompuan ni
Quote Modngengade 15-9-2024 10:24 AM
Yg penting berlaki kan mbak
Quote kemaruk 15-9-2024 10:27 AM
Lapar pujian   

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.033604 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top