CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Salahkan Gen-Z Bila Cikgu Terbelit Lidah Nak Sebut Nama

15-8-2023 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2759| Komen: 5

Tular video di Indonesia seorang guru bertanya anak muridnya bagaimana cara menyebut nama nombor 19 di senarai nama pelajar.

Dalam hantaran gambar dan yang dikongsikan di platform X atau sebelum ini dikenali sebagai Twitter, kelihatan nama itu sukar untuk disebut dan dieja, lapor program berita Liputan6.



Foto: X

Nama-nama yang dipaparkan pada senarai itu sebahagian besarnya agak panjang dan unik bagi nama Indonesia.

“Luar biasa namanya. Takut tersalah eja ketika menulis,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Dalam video yang dikongsikan itu juga, guru tersebut bertanyakan cara menyebut salah satu nama yang dianggapnya paling sukar.

“Murid-murid, bagaimana mahu menyebut nama bernombor 19 ini?” soal guru itu.

“Revaveroesy Veisaqireina Mulawarman,” jawab pemilik nama tersebut dengan lancar.


Video: X @kegblgnunfaedh

Guru tersebut kemudian mengeja kembali nama itu dengan perlahan dan tersekat-sekat sambil berkata: “Namanya susah sangat.”

Ia kemudian disambut dengan gelak ketawa murid-murid dalam kelas tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen pengguna media sosial.

“Jangan disalahkan Generasi Z kerana yang memberikan nama mereka sudah pasti ibu bapa generasi Milenial,” kata seorang netizen.

“Ini belum tentu ibu dan bapanya tahu nama lengkap anaknya sendiri,” kata pengguna lain.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 15-8-2023 09:22 AM
Nak nikah nanti Caner la
Quote AkokKocik 15-8-2023 01:03 PM
Aku hbis skolah dulu jd cikgu ganti, hadap mcm ni gak, aku main sebut je nama budak tu, yg empunya nama akn bangun & sebut namanya dgn betul, diorg xmarah wpun malu sbb tau nama diorg memang ssah nk dsebut...hihi, pengalaman lalu.
Quote swimswim 17-8-2023 05:41 PM
Nama sedap, Ujung2 lahir blkg rumah je.
Quote isseliparjepun 17-8-2023 07:19 PM
Generasi sekarang kan macam tu. Ni rata rata mak bapak lahir 90an-2000 di mana kebanyakan novel novel cintan cintun dan penulis novel muncul dengan nama berselirat. Buktinya bila novel ni diadaptasi ke drama tv, dengar indah je. Tapi alahai, berbelit. Makna belum tentu ada. Sebutan je indah. Dengan panjangnya lagi.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.173063 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top