CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

124 Kes HIV Baharu Di Johor, Faktor Penyumbang Utama Hubungan Homoseksual, Biseksual & Heteroseksual

15-8-2023 08:38 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2124| Komen: 5

Johor Bahru: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon mendedahkan sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu, 124 kes dikategorikan sebagai HIV baharu sehingga Minggu Epid 32/2023 dengan daerah Johor Bahru mencatatkan kes tertinggi sebanyak 68 kes diikuti Kluang (13) dan Batu Pahat (11).



Menurutnya, dilaporkan bahawa faktor penyumbang kes HIV baharu itu adalah disebabkan hubungan homoseksual atau biseksual dan juga melalui hubungan heteroseksual.

"Daerah Segamat pula lapan kes, Kota Tinggi (tujuh), Muar dan Kulai masing-masing enam, Tangkak dan Pontian masing-masing dua, manakala Mersing hanya satu kes.

"Daripada jumlah kes HIV baharu ini, 117 kes atau 94.3 peratus melibatkan lelaki dan tujuh kes atau 5.7 peratus pula wanita. Terdapat enam kes melibatkan individu berumur antara 13 hingga 19 tahun," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi kes AIDS pula, Ling berkata sebanyak 164 kes dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini berbanding 147 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya, dalam tempoh itu, kematian akibat HIV dan AIDS masing-masing adalah sebanyak 10 kes dan 31 kes.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-8-2023 08:57 AM
Golongan homophobic boleh ambil teladan.

Jangan asyik2 salahkan LGBTQ bila Tuhan turunkan bala. Sundri pun hampes.
Quote menjad 15-8-2023 10:29 AM
menjadi2 puak nih... majoriti dikalangan lelaki. ewwwwwww
Quote tikusmontok 15-8-2023 11:05 AM
Wowwww warga jdt mendoniya.
Quote Decaffeinated 15-8-2023 11:12 AM
"... kematian akibat HIV dan AIDS masing-masing adalah sebanyak 10 kes dan 31 kes."

I hope whoever said this tidak tersilap fakta. Setau aku HIV doesn't kill you.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.026851 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top