CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Kena Ragut, RM70,000 Lesap

14-8-2023 11:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6561| Komen: 4

Kota Bharu: Lelaki warga emas kerugian lebih RM70,000 apabila wang hasil jualan perniagaan runcitnya diragut seorang lelaki di Jalan Kebun Sultan, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi tadi, mangsa yang berusia lewat 60-an menunggang motosikal ke sebuah bank di sini bagi mendepositkan wang hasil jualan itu.



Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa tiba-tiba dihampiri suspek yang juga menunggang motosikal dan memakai jaket.

"Suspek terus mencapai beg plastik hitam yang diletakkan di dalam bakul motosikal mangsa yang mengandungi sejumlah wang tunai serta dua telefon bimbit.

"Mangsa tidak sempat mengecam nombor pendaftaran motoksikal suspek dan tampil ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat laporan tengah hari tadi," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Rosdi berkata, usaha untuk mengesan suspek sedang dilakukan dan kepada mereka yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan.


Menurutnya lagi, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Harjit Singh Ranjit Singh di talian 01165577511 atau 097752200 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK) yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh sehingga empat belas tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 15-8-2023 01:11 AM
Berniaga makanan ke smpi 70000
Quote sharlenetexas 15-8-2023 01:31 AM
Jln kebun sultan, kedai runcit cina ke?

Quote Perwira2022 15-8-2023 02:37 AM
Edited by Perwira2022 at 15-8-2023 02:40 AM

Kalau ikut logik Pudin Pokka, jenayah ragut ni didalangi oleh Pudin Pokka sendiri sebab dia menteri yg jaga keselamatan awam.

Jenayah berlaku sebab polis gagal jaga keselamatan rakyat. Pudin menteri yg tadbir polis. Maka dengan itu Pudin bersekongkol dengan penjenayah.

Bandingkan logik ini dengan isu kecurian REE Kedah. Sama kan?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.029616 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top